Cerita tentang nama anak-anak saya

Assalamualaikum wbt

Hangat isunya terutama sejak sekolah buka kembali. Dulu kalau nama panjang ni kira 'rare' lah. Sekarang ni terbalik. Nama sepatah yang 'rare' sangat.

Semua ada HAK masing-masing. 

Nak namakan yang macam mana sekalipun tidak mengapa. 1 perkataan, 3 perkataan, hatta 18 perkataan pun tidak ada larangan dari sudut agama, budaya mahupun pejabat pendaftaran negara.

Islam menggariskan nama itu seeloknya dengan maksud yang elok dan memandang berat perkara ini seperti yang di riwayatkan oleh Imam Abu Daud daripada Abu Darda yang membawa maksud:

"Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada Hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa-bapa kamu. Maka oleh itu perelokkanlah nama-nama kamu."

Sebut pasal nama anak ni, macam-macam isu saya pernah ditanya. Paling latest semalam. Oleh itu sukacita saya nak memberi penjelasan sedikit (bajet retis gila nak explain bagai)



ISU 1: Kenapa nama anak-anak Khairil Idham Ismail​ dan Salwa ni 1 perkataan sahaja?

Kerana kami nak sesuatu yang ringkas dan mudah. Kami berpendapat, bagi nama dua tiga pun yang dipanggil satu juga nama. Kadang-kadang dah satu nama pun nak singkatkan lagi. Contoh Kamarulzaman lastnya orang panggil "an". Jadi kami nak anak kami di panggil dengan nama penuh yang hanya ada 1 perkataan dengan 5 huruf sahaja.

ISU 2: Kenapa I'jaaz dan Israa' ade ' tapi Imran tkde?

Pejabat pendaftaran Negara telah memutuskan melalui undang-undang terbaharu setiap nama tidak boleh dimulakan dengan aksara atau simbol seperti -,' +& dan sebagainya. Nama imran dieja dalam bahasa arab dengan huruf 'ain dan sebenarnya ada ' di pangkal nama. Tapi tak boleh letak. So hakikatnya 'Imran ada ' di depan, I'jaaz ada ' di tengah-tengah dan Israa' ada ' di hujung. (adakah ini bermakna kami hanya akan ada 3 anak sahaja? jeng jeng jeng)

ISU 3: Maksud yang terlalu berat

Ramai juga dah membangkitkan isu nama Israa' yang flexible ini. Israa' boleh digunapakai perempuan atau lelaki. Tak kisah. Orang Arab banyak pakai utk perempuan tapi ade juga yg pakai untuk lelaki. Sedang Nabi Allah Ya'akub juga di gelar Israa' dan kita maklum nabi adalah seorang lelaki. Memang kesihatan Israa' sedikit diuji. Ada juga mengaitkan kerana nama ini terlalu berat utknya dan elok ditukar. Saya pula berpendapat, ianya mitos semata-mata dan kepercayaan orang dahulu. Jika anda mempercayainya, silakan. Saya mohon anda juga menghormati kepercayaan saya. Maksud dan kenapa kami memilih nama Israa' ada di sini: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152429073171775&set=a.10151705687576775.1073741825.688956774&type=3&theater

ISU 4: Siapa yang menamakan?

Nama Imran telah disepakati sejak dalam kandungan lagi. No big deal. Both mmg suka. Nama i'jaaz pula saya yang pilih dan Israa' dipilih oleh suami saya.

Okeh lah panjang pulak


Sekian terima kasih!

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment