Resepi buat kuih masalodeh

Assalamualaikum wbt

Oh, saya sangat lah happy nye hari ini
Ade sebab kenapa saya rasa seperti masterchef hehehehehehe
Ce tengok gambar kt bawah ni...


Tattaraaaaaa

Kuih ni adalah antara feberet saya yang sgt la selalu dibeli. Ade org panggil vadey (betoi ka eja?) Saya panggil masalodeh. Abah sy pun peminat kuih nih. Kira hantu jugak la actually. Kalau pi kedai, nampak aje mmg beli lah. Tapi tak pernah plak terasa nak cuba buat


Sampailah jadi teruja nk cuba lps kawan saya Madihah Sahimi share kt whatsapp. Saya cuba mula-mula tu tak menjadi. Mungkin walaupun rendam semalaman, saya tak cukup tos bagi kering kot.

Beberapa hari lepas sorang lg kawan yakni Fazillah Abdul Ghani kongsi. Kali ni sy cuba lg lps tos kacang tu agak lama. Haaa, menarik betul.

Dan ni lah hasilnya!
Rasa nk nangis.. Sob sob sob

Oh biarlah org kata mende ni senang je tp bila dh berjaya buat mmg rasa mcm master chef


So, cara nk buat nye cmne?

Bahan-Bahan:



  • 2 cawan kacang dhal
  • 1 labu bawang holland
  • sedikit daun kari
  • sedikit cili kering (cili merah pun bulih)
  • bawang merah, bawang putih dan halia ikut rasa (optional. saya tk letak pun td)
  • garam


Cara buat:



  • Rendam dulu kacang utk at least 5 jam
  • Pastu tos lama sikit. setengah jam gitu lah
  • Blend bawang merah, bawang putih dan halia. Tkmo letak pun tkpe
  • Blend kacang tu. Tayah taruk air ye. blend sampai hancur
  • Potong bawang holland jadi dadu then masuk dalam kacang tu
  • Masukkan daun kari
  • Gunting cili kering nipis-nipis then masuk dalam aduanan
  • Boh garam then gaul sebati
  • Letak sikit minyak masak utk kasik lekat
  • Goreng sampai kekuningan


Siap!


Senang gile kan?
Ha, ape lagi. jemput la cuba!


Hehehehee

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment