FTWM, SAHM atau WAHM?

Assalamualaikum wbt

Sedikit perkongsian buat semua emak-emak di luar sana yang mungkin sedang berada di dalam dilema.

Alhamdulillah, saya berpengalaman menjawat ketiga-tiga jawatan ini. Dan semuanya atas ketentuan Allah juga. Ketika saya mendoakan yang terbaik utk diri dan keluarga, maka jawapannya adalah untuk saya supaya saya pilihan itulah yang terbaik utk diri saya dan keluarga saya.

Tapi kisah anda mungkin berbeza

Saya sering didatangi kenalan malahan orang asing dengan meminta tips dan 'jalan' utk bertukar kerjaya dan berada di rumah. Malah ramai juga yang mengadu masalah 'tersepit' antara keluarga dan kerjaya, antara minat dan pengorbanan malah antara kasih dan kewangan.

Saya boleh memberi sedikit ilmu yang saya ada. Apa yang termampu adalah mendoakan yang terbaik buat anda kerana yang terbaik itulah yang patut diterima walaupun mungkin pahit pada permukaannya.

Lebih-lebih lagi jika yang bertanya adalah para doktor wanita yang sangat sedih kerana terlalu kerap meninggalkan anak. Saya memahami perit dan derita perasaan anda tetapi jauh di sudut hati saya berdoa agar yang terbaik adalah anda di beri kekuatan kerana masyarakat sangat memerlukan anda utk berkhidmat lebih-lebih lagi dalam permasalahan berkaitan wanita.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”. Al-Baqarah : 216

Tiada siapa yang lebih baik daripada yang lain
Kita berada dalam kitaran. Saling memerlukan dan saling melengkapkan.

Apakah nilaian paling utama dalam neraca amal?
Adakah kerana wang bertimbun yang akan dihisab bagaimana kita belanjakan?
Atau pada ukuran pangkat di atas tanda nama yang akan ditinggalkan saat kita di kafankan?
Atau pada keseronokan berada di sekeliling yang tersayang yang turut akan berjauhan bila ajal menjemput?

Adapun nilai taqwa adalah neraca sebenar

"Sesungguhnya yang paling  mulia  di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa." (Al Hujurat: 13)

Hanya taqwa lah yg akan membezakan kita sebagai ibu dan insan

Dengan taqwa kita belajar mencorak kain putih bersih ini agar menjadi saham ketika kita di alam sana
Dengan taqwa kita mendidik mereka agar menjadi org berguna di mana juga di campakkan benihnya
Dengan taqwa kita lah menjadi ibu yang hebat dan srikandi memulakan dakwah pertama di rumah tidak kira apa juga posisi dan jawatan yang kita sandang

Tersenyumlah
Tersenyumlah
Tersenyumlah


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sholat; ...." Al-Baqarah : 45


Moga Allah datangkan pilihan terbaik utk kita dan moga segala pilihan itu pula kita redha dan syukur dengannya




P/s: Sedikit suram pagi ini dengan hujan lebat. Saya menaip sambil mendoakan kita semua berjaya dunia dan akhirat. Saya dimaklumkan rakan, video terbaru tentang tips penyusuan ketika Ramadhan telah siap di sunting. Saya menjemput anda semua utk melihat video ini dan moga ada pula manfaatnya. Wallahu'lam

http://www.salwasaleh.com/2015/06/5-tips-ohsem-utk-ibu-menyusukan-anak-di.html

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment