Info LENGKAP whipping cream dan cara beza whipping cream non dairy dengan dairy

Assalamualaikum wbt

Ade tak di kalangan pembaca salwasaleh.com ni yang gemar membaking? Haa, kalau ade tentu seronok nak tahu tentang fungsi whipping cream ni dan cara nk bezakan antara beberapa jenis whipping cream yang ada kat pasaran

Saya sangat la teruja tau bila baca info ni dari FB Page Jom Kongsi Ilmu 2 
Ape tak nya, bagi saya semua info asas ni lengkap dan sangat berguna especially utk beginner macam saya. So, saya kongsikan kat sini beberapa jenis whipping cream dan penggunaan paling sesuai

Oh, kalau nk info menarik boleh la like page FB tu ye.





WHIPPED CREAM (NON-DIARY)




*Dikenali juga sebagai ( Non Dairy Whipping Cream @ fresh cream @ whip topping for cake and pastries @ whipped topping ) 
*Adalah krim yang dibuat khas untuk hiasan kek.
*Ia dirumus drpd minyak sayuran dan minyak kelapa sawit dan tidak mengandungi bahan tenusu.
*Ini menjadikan ia lebih stabil,maknanya corak-corak yang dipaip menggunakan krim ini tahan seminggu tanpa kehilangan bentuknya.
*Ia akan kembang 3-4 x ganda dari kuantiti cecair asalnya jika diputar.
*Jadi jangan dituang lebih dari 20% dari saiz mangkuk mixer anda.
*Ia juga menghasilkan kuantiti yang banyak.
*1 liter krim ini boleh menyalut dan menghias 3 biji kek bersaiz 8 inci.
*Sebelum digunakan kotak krim harus digoncang supaya sebati.
*Kadang-kadang air dan krim di dalam kotak akan terpisah semasa proses nyahbeku dari freezer.
*Putar pada kelajuan yang tinggi hingga kembang dan gebu.

Nota tambahan:


*Selalunya krim jenis ini sudah ada perasa gula,jadi apa yang perlu anda lakukan colek sedikit rasa kemanisannya.
*Jika tak cukup manisnya maka boleh tambah gula halus dan putar.
*Jangan terlebih putar kerana ia akan menghasilkan krim yang kasar dan sukar untuk dilepa diatas kek.
*Cukup memadai jika ia kembang,gebu dan likat.
*Jika terlebih putar,masukkan sedikit krim ( yang masih dalam bentuk cecair ) ke dalam krim yang terlebih putar tadi.
*Putar ia pada kelajuan perlahan hingga krim menjadi lebih cair dan halus. ( bukan terlalu cair tapi cair sedikit drpd keadaan krim yang terlebih kental tadi )

Mewarna


*Krim jenis ini boleh diwarna sebaik sahaja diputar hingga kembang dan gebu.
*Ambil sedikit pewarna cecair @ serbuk dan kacau dengan perlahan sudu bagi kuantiti yang sedikit.
*simpan dalam peti sejuk sebentaruntuk mematangkan warna .
*Krim yang diwarnakan akan dibiarkan semalaman @ beberapa jam warnanya lebih terang dan cerah berbanding jika digunakan terus.
*Ini dapat mengelakkan kita dari terlebih letak pewarna dan penambahan cecair dalam krim.
*Ia juga akan lebih mudah digunakan selepas dibiarkan dalam peti sejuk.

Cara Menyimpan


*Krim yang telah diputar sebaiknya disimpan selama sehari dalam peti sejuk.
*Keesokkannya boleh digunakan untuk menghias cupcakes @ kek.
*Supaya anda dapat krim yang mantap @ juga boleh terus digunakan selepas diputar.
*Bergantung pada jenama krim yang digunakan,kebanyakkannya boleh tahan 6 bulan setelah diputar hingga gebu.
*Simpan dalam bekas kedap udara di dalam freezer.
*Jika simpan dalam bentuk cecair boleh tahan selama 1 bulan selepas di buka.
*Simpan dalam pembeku.
*Tapi seeloknya tanya pada si penjual dikedai bakery supplier untuk keterangan yang lebih tepat.
*Jika tertera perkataan "for topping","whip topping" @ "non dairy" ia sesuai digunakan untuk hiasan dan filling.

*Harga di pasaran RM10-RM12 bagi 1liter.
*Ia bergantung pada tempat






WHIPPING CREAM (DAIRY)



*Dikenali juga sebagai Dairy Whipping Cream @ UHT Whipping Cream @ Thick Cream @ Double Cream.

*Adalah merupakan hasil tenusu dan mengandungi lemak yang lebih berbanding dengan Non Dairy Whipping Cream ( 35 % lemak susu )

*Ia sesuai digunakan dalam masakkan barat,membuat kek seperti tiramisu ( kerana lebih lemak berkrim dan tidak manis)
*Tidak sesuai untuk hiasan dan salut pada kek kerana mudah cair.
*Ia sesuai untuk hiasan mudah untuk ais krim @ pencuci mulut ala barat.
*Ini bermakna ia tidak boleh mengekalkan bentuknya dalam masa yang lama dan mudah cair pada suhu bilik.
*Ia hendaklah diputar dengan kelajuan sederhana sehingga ia menjadi kental dan boleh lah di masukkan dalam masakkan ala barat.
*Selain itu whipping cream kerap digunakan dalam pembuatan kek untuk digunakan sebagai Thickening agent (ejen pemekat )
*Sebaiknya sebelum putarkan krim,simpan krim putar di dalam peti sejuk bahagian bawah (bukan pembeku)
*Ini kerana krim putar akan lebih mudah mengembang dalam keadaan sejuk.
*Kek yang menggunakan whipping cream seperti tiramisu,triffle.
*Kek tersebut di simpan dalam peti sejuk dan keluarkan ketika hendak dihidangkan.

Nota tambahan:


*Jangan terlebih putar adunan whipping cream kerana ia akan cair semula.
*Ia boleh menjadi 'seperate'@ terpisah menghasilakan buttermilk ( ia merupakan gumpalan berwarna kuning pucat )

Cara Menyimpan


*Simpan dalam peti sejuk ( chiller ).
*Tak perlu simpan dalam pembeku.
*Boleh tahan dalam 1 minggu selepas di buka.

*harga di pasaran RM15-RM16 bagi 1liter
*Ia bergantung pada tempat




So, bezanya antara dua ni:





Non Dairy whipping Cream juga di kenali sebagai



@ Fresh Cream
@ Whip Topping For Cake & Pastries
@ Whipped Topping 
@ Whipped Cream 
*Krim khas yang dibuat khas untuk hiasan kek.
*Rasanya manis kerana sudah mempunyai gula

Dairy Whipping Cream juga dikenali sebagai
@ Double Cream 
@ Heavy Cream
@ Thick Cream 
*Biasa digunakan untuk dalam masakkan barat.
*Contoh seperti sup,minuman,dessert,coklat ganache dan kek.





*Tidak sesuai untuk menyalut kek kerana ia mudah cair.

*Ia tidak sesuai untuk pavlova @ sebagai filling durian crepe kerana cepat sangat cair.

*Hati-hati bila memutar jangan terlalu lama ia akan mencair semula tak akan kental.
*Ianya krim yang tawar perlu ditambah gula.
*Cara memutarnya dengan menggunakan peralatan yang telah disejukkan.
*Krim tersebut juga perlu benar-benar sejuk baru diputar dengan kelajuan sederhana dan sekejap.
*Sesuai untuk dessert,masakkan,chocolateganache,puding dan lain-lain.





*Tidak sesuai untuk menyalut kek kerana ia mudah cair.

*Ia tidak sesuai untuk pavlova @ sebagai filling durian crepe kerana cepat sangat cair.

*Hati-hati bila memutar jangan terlalu lama ia akan mencair semula tak akan kental.

*Ianya krim yang tawar perlu ditambah gula.
*Cara memutarnya dengan menggunakan peralatan yang telah disejukkan.
*Krim tersebut juga perlu benar-benar sejuk baru diputar dengan kelajuan sederhana dan sekejap.
*Sesuai untuk dessert,masakkan,chocolateganache,puding dan lain-lain.





*Gebu bila diputar.

*Putar lama tak akan cair.

*Tapi kalau terlebih putar kaku dan tak cantik bila disapu pada kek.
*Untuk hiasan kek@topping.
*Mudah untuk piping dan bentukkan atas kek.
*Boleh buat bunga hiasan pada kek.
*Ia tahan lama diluar( suhu bilik ) dan tak bimbang krim mencair.
*Penggunaannya pula 2:1 iaitu 2 bahagian whip topping dan 1 bahagian 1 bahagian cecair.
Contoh:bahagian cecair boleh letak jus@susu.
*2 cwn whip topping+1 cwn whipping cream.



*Terwangi baunya

*Enak disegi rasa.

*Stabil dan mudah kaku bila diputar - senang guna untuk piping.

*Terlebih putar ia terlalu kental - sukar nak lepa
*Termahal antara yang lain.
*Untuk hiasan kek.


*Warna lebih putih.

*Lebih gebu.

*Putar lama tak akan cair.

*Tapi kalau terlebih putar akan kaku dan tak cantik bila disapu pada kek.
*Untuk hiasan kek@topping....Lihat seterusnya..

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

3 comments:

  1. boleh ke non-diary whipping cream di campur dengan diary whipping cream?

    ReplyDelete
  2. Duk cari idea nak hias kek simple2 je utk kek anak. Gitu nak buat sendiri hrp2 menjadi lah ye 😂

    ReplyDelete
  3. Hi sis, Non diary whipping cream yg mne sesuai untuk buat white mousse untuk kek chocolate indulgence ye?

    ReplyDelete