Cara buat sendiri sock monkey


Assalamualaikum wbt

Haaa, comel tak?
Wah terus tanya comel ke tak. Hahaha..

Sangat teruja tau dapat buat sendiri toys ni. 
Waktu mula-mula tengok, eh gambar ni nampak senang aje nak buat. 
Tapi lepas tengok instruction dekat Craft Passion terus rasa pengsan kejap


Apepun, sebagai first timer kira cantik la kot ye tak?
Ni utk israa', baby bongsu buat gigit2.
Tengah nak tumbuh gigi ni mmg habis la di gigit nye monkey ni

Oh, we have a name for the monkey
WARIK which is monkey in Banjar language.

Jadi, saya nk kongsi cara nak buat sock monkey nih 


Langkah 1: Beli sepasang stokin. Basuh la dulu ye. Hehehe. Lepas tuh terbalik kan sebelah. Kalau gambar kt bawah ni, yg atas tu lukis la utk kaki dia. Yang kt bawah tu, lukis utk ekor, tangan, mulut dan telinga dia.




Langkah 2: Mulakan dengan menggunting bahagian kaki tu dan kemudian menjahit bahagian tersebut. Kemudian tinggalkan lubang kecil kt tengah tu utk kita sumbatkan kapas atau kekabu. Terbalikkan dulu dan lepas tu sumbat kapas tu. Dah sumbat tu boleh la jahit bahagian bawah supaya bercantum



Langkah 3: Jahit bahagian tangan dan ekor. Sumbat dengan kapas kemudian kita tutup dengan jahitan tangan. Jangan cantum kat bahagian badan lagi ye.



Langkah 4: Lakar bentuk muka dan mata menggunakan pen di atas kain felt. Gunting. Kemudian jahit di bahagian atas badan tadi. Dah jahit tu kita guna 2 butang hitam sebagai mata dan jahit atas felt tersebut.



Langkah 5: Cantum mulut/muncung dan kemudian cantumkan ekor, tangan dan telinga.

Siap!

Boleh lah dibuat di waktu lapang
Anak-anak tentu suka!


Selamat mencuba. Jika anda nk cuba buat Soft Dice, boleh klik di bawah ini juga:


Love,

Salwa



Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment