Soft dice with numbers

Assalamualaikum wbt

Semalam saje nak cuba buatkan plush toy for Israa'.
Tapi tetiba rasa nak buat dice pulak
Sebabnya macam comel dan boleh golek-golek.

Then datang idea utk buatkan soft dice yang ada nombor2
Lepas tu rasa nak tambah pulak buttons so it reflects the number
So, berusahalah membuat nye. tk la susah sangat pun

Lepas dalam sejam gitu, tattaraaaaa...!



Comel tak? Hehehehe

Senang aje nk buat ni. 

Langkah 1


Potong felt-felt berlainan warna mengikut saiz empat segi sama (square). Ikutlah nak besar mana. Macam saya, saya potong dalam 4' x 4'. So potong dan dapatkan 6 keping ye



Langkah 2: 

Potong pula nombor dari 1 hingga 6. Warna yang berlainan/kontra supaya nampak seri tu naik. Saya potong 1 sampai 5 aje sebab yg bahagian atas tu saya letak kain felt bercorak. Saja nk bagi nampak lain sikit

Langkah 3: 

Susun dan jahit nombor tu di atas felt yg empat segi. Kemudian boleh jahit button di bawah nombor. Buttons tu kalau warna warni pun cantik juga. Macam kt bawah ni

Langkah 4: 

Jahit tepi 4 keping felt dahulu sehingga bercantum membentuk cube tapi yg sisi terakhir tu tayah jahit lg. biarkan loose. Lepas tu jahit bahagian atas dan bawah cube tu dengan lagi 2 keping felt. 

Langkah 5: 

Sekarang dice anda akan lengkap. Cuma satu sisi aje tak berjahit lg. jahit sikit dan tinggalkan separuh. Kemudian mula masukkan kapas/kekabu ke dalam dice tu. boleh jolok dengan pen atau pensil ye. Masukkan sampai padat



Langkah 6: 

Jahit dan rapatkan. Boleh selitkan reben di atas supaya mudah untuk gantung atau pegang



Siap!

Ha, dah boleh dah main dah.

:)

Senang kan? Mmg senang. Semoga berjaya!

Love,

Salwa

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

1 comment:

  1. Wah, senang sgt ni..
    Guna felt ye, nanti boleh la cuba...

    Singgah sini kwn bg link, buat softbook/softtoy sendiri..

    Suka dgn hasilnya.. Umi kena rajin ni, chayok! Hee

    ReplyDelete