3 STYLE utk habiskan baca surah KAHFI hari jumaat

Assalamualaikum wbt

Umum kini lebih tahu berapa banyak kelebihan utk membaca surah al-kahfi di hari jumaat. 


Dari Abu Sa'id al-Khudri radliyallahu 'anhu, dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ

"Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul 'atiq." (Sunan Ad-Darimi, no. 3273. Juga diriwayatkan al-Nasai dan Al-Hakim serta dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no. 736)



Jika nak tahu lebih lagi tentang kelebihnnya, boeh rujuk di sini:  Kelebihan membaca surah Kahfi

So,

Sebab u ols ni ramai sangat yang busy gila kan or buat-buat busy ke, tak kisah lah.
Yang penting ade niat nak habiskan baca dan cuba nak habiskan baca

Jadinya saya nak share 3 cara yang saya biasa buat utk memastikan saya sempat habiskan bacaan setiap hari jumaat.

Let's cekidout


STYLE 1: SLOW AND STEADY


Allah bagi masa 24 jam kot hari Jumaat. Jadi kita amik la kesempatan dengan membaca penuh kekusyukan. Ni cara yang saya plg gemar dan prefer buat utk setiap minggu. Caranya macam ni:

Lepas magrib: Habiskan ayat 1 sampai 31. Dalam lingkungan 8 - 13 minit gitu la. Sebab kejap aje, makanya boleh la di sambung dengan membaca tafsir ayat supaya kita lebih memahami. Sangat di galakkan tau! Ayat permulaan ni menceritakan tentang kisah Pemuda Kahfi

Lepas isya' : Habiskan lagi dari ayat 31 sampai 59. Juga tak lama. Dalam 5 - 8 minit camtu. Tafsir nye berkisar tentang kisah kebun

Lepas Subuh: Yang ni kita baca daripada ayat 60 sampai la 82. Saya rasa dalam tempoh 8 - 13 minit. Sebab ayat lepas ayat ke 60 tu kebanyakannya pendek belaka. Ni kisah tentang Nabi Allah Musa dan Nabi Allah Khidir

Lepas Dhuha/Sebelum Zuhur: Baca ayat 83 - 110. sangat kejap. Tak sampai 10 minit. Cerita tentang iskandar Zulkarnain.


Kelebihan STYLE 1 ni, anda akan tenang dan rasa best habiskan surah kahfi. Siap boleh baca terjemahan mengikut kisah dan chapter masing2.


STYLE 2: PLAY SAFE


Yang ni biasanya kalau dah ade jadual lain malam jumaat tu. contoh ade usrah ke, kuliah ke atau ade urusan lain kan, so lepas isya tu tak dapat nk baca, jadi kita buat camni:

Lepas maghrib: baca dari ayat 1 - 40
Lepas subuh: baca ayat 41 - 70
Selepas dhuha: baca ayat 71 - 110

Kebiasannya sebab tk cukup masa baca tafsir so pecahan ni just ngam2 utk setiap time tu baca dalam linkungan 10 minit.  


STYLE 3: EXPRESS RAKYAT


Ni saya rasa paling banyak orang perlukan. Especially kalau yg jenis tak boleh nk konsisten sangat. Elok cuba je la yg ni.

Caranya?

Tutup Wifi, Off Data Plan, Mute kan HP, Pegi apps Quran, baca dan habiskan SEKALI HADAP!

Siap!

Sangat efektif kan? Kompem la habis baca. Tkde nk scroll FB ke, WA ke, Twitter ke. Kalau kata tkde masa kat umah, Style Express rakyat ni sangat sesuai buat sebelum solat Jumaat utk kaum lelaki tu. pi masjid awal dan habiskan. Yang perempuan, tunda sekejap hasrat shopping kt sogo atau jalan TAR, habiskan kahfi dulu!

Sekian,

Selamat mencuba!



:D







Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

1 comment:

  1. http://datoksirkronik.blogspot.my/2017/01/surah-al-kahf-beautiful-recitation-of.html

    ReplyDelete