Wajib baca jika anda SYAK anak anda Alergi dan Intolerans makanan

Assalamualaikum wbt

Saya antara emak yang tidak menyangka akan mempunyai anak yang alergi pada sesetengah makanan

Semuanya bermula apabila anak sulung saya lahir dan setelah mula introduce solid food kepadanya, tanda alergi semakin banyak terutamanya eczema.

Mempunyai anak yang alergi atau intolerans terhadap makanan mmg akan menduga kesabaran. Kita juga kene jaga makan.




Utk entri kali ni, saya akan ceritakan dulu basic info tentang alergi makanan dan intolerans makanan.

Ok?

:)

Mula-mula kita kene tahu,


apa beza di antara alergi makanan dan intolerans makanan?


Kalau anak kita Alergi makanan , tindak balas nya mmg cepat dan pantas. Kadang-kadang tak sampai 5 minit kita dah boleh nampak reaksi.  Ada yang lebih pantas sampai terus nampak simptom apabila anak tu pegang atau hidu atau makan makanan tersebut. Yang ni mmg bahaya mengikut tahap alergi anak tu.

Bahayanya sampai boleh membunuh! Ye. saya tak bergurau malangnya :( 
Anak saya sendiri beberapa kali dikejarkan ke unit kecemasan kerana mengalami bengkak yang serius hingga mengganggu salur pernafasan.

Kalau intolerans makanan pulak macam mana? Ha, yang ni biasanya  tindak balas yang lebih perlahan, selalunya berlaku beberapa jam atau hari selepas memakan makanan tertentu. Ade kesan kt salur pencernaan die. Jadi tak selesa, cirit-birit, naik rash camtu la. Tapi biasanya tak mengancam nyawa.

So, clear kan bezanya?

Ape yang menyebabkan alergi makanan dan intolerans makanan ni?

Kita kene tengoklah puncanya. Nak tahu tak, ade orang yang alergi pada beras/nasi, ade yang alergi pisang, ade yang alergi pada rumput, kelapa pun ada! Huhuu. 

Tapi kt bawah ni saya senaraikan yang paling popular gitu:



  • Susu dan produk tenusu
  • Kekacang
  • Gandum
  • Gluten (ni protein dalam gandum dan kengkawan gandum)
  • Buah-buahan
  • Telur
  • Ayam
  • Seafood



dan macam saya katakan tadi, ade banyak lagi bergantung kepada individu tu


Sekarang kita tengok pulak, 


Ape simptom-simptomnya?


Kalau anak kita tu ade alergi pada makanan, simptom paling biasa kita boleh nampak adalah:



  • ruam kecik-kecik merah
  • gatal-gatal sampai kadang2 tu satu badan
  • bersin
  • hidung berair atau tersumbat
  • susah nafas
  • eczema naik
  • bengkak especially kt bahagian bibir


Kalau anak kita intolerans makanan pulak, biasanya akan jadi:



  • sakit perut
  • masuk angin/kembung/kolik
  • cirit-birit
  • muntah
  • jadi suka meragam

Cumanya di nasihatkan jangan buat assumption sendiri especially kalau mula-mula ni. saya sarankan kalau syak apa-apa tu elok lah ke klinik atau hospital utk jumpa doktor dan pakar utk dapatkan konsultasi ye.


So,


apa yang mereka akan buat utk test sama ada anak kita ni betul-betul allergi?


Ada dua cara yang biasanya dibuat. utk anak sulung saya tu, mmg dah buat dua-dua lah. sebab alergi dia agak teruk. saya ada cerita pasal tu dekat entry ni:  Mitos tentang allergy test


Ujian cucuk kulit (skin prick test)


Ujian ini biasanya digunakan sebab ia keputusan jelas, cepat, dan mudah dilakukan. Mereka akan meletakkan ekstrak cecair makanan yang disyaki (alergen) pada kulit dan mencucuknya dengan lanset. Sebelum buat ni mmg beberapa kali la akan interview supaya mereka dapat pastikan apa yang disyaki tu.

 Jika anak anda alergi terhadap makanan tersebut, benjolan yang gatal akan muncul dalam masa 10 minit. Jika benjolan tersebut lebih daripada 3mm, ini dianggap sebagai tindak balas positif. 


Ujian darah 


Ujian ini menggunakan sampel darah yang dihantar ke makmal untuk diuji. Keputusan selalunya akan diketahui dalam masa 10-14 hari. Keputusan digredkan sama ada dalam skala 1-4 atau 1-6. 


Bagi kedua-dua ujian, keputusannya hanya menunjukkan tindak balas anak anda terhadap sesuatu bahan. Ujian ini tidak dapat memberitahu anda bagaimana teruk tindak balas itu. 

Perlu jugak saya nak ingatkan, walaupun dah buat dua test ni, ade jugak kebarangkalian yang anak kita akan ada alergi pada bahan lain dan tak 100% tepat

Tapi bila dah buat test ni at least kita dh boleh la pastikan benda yang dia allergi tu kita nyahkan daripada hidup dia. Kita pun jd lebih senang decide nk pi makan kt mana, kan? kan?


Ok, panjang dh ni

Lepas ni saya akan tulis pulak tentang cara nak handle anak yang special ni.

Hehehe

Tunggu next entri ye


Bye!


Love,





Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment