Diary WAHM M5W2: Mitos tentang allergy test

Assalamualaikum

Semalam saya ke Hospital Serdang lagi untuk follow-up tentang allergy Imran

Kali ini memang kami sudah diberitahu tentang allergy test yang akan dibuat kepada Imran
Allergy test ni nak kenal pasti apa makanan yang Imran betul betul ada alahan
Jadi kita boleh elakkan dan lepas tu kita buat follow up dan tengok balik
Sesetengah makanan tu budak tu akan OK selepas umur dia dah meningkat

Sebelum test tu, berbulan-bulan saya dok fikir macam-macam
Dek kerana terlalu dengar cakap-cakap orang dan tengok macam-macam sangat, saya jadi fobia
Saya takut ujian tu akan buat Imran sakit

Ada yang kata nanti kene cucuk banyak kali amik darah
Ada yang kata nanti cucuk banyak tempat dan sakit sangat
Ada yang kata nanti die akan letak mende yang allergic tu dekat luka cucuk
Ada yang kata nanti timbul bintik bintik besar

Banyak la lagi orang kata!




Saya pun terikut-ikut
Imran dah la kecik, nak dicucuk pulak
Badan yang halus tu apa la lagi ujian nak dibuat
Bila google gambar allergy test lagi la sakit kepala
Teruknya test ni!

Tapi saya dan suami setuju, kita buat juga lah
Kalau tak buat, mana nak tahu
Sebelum buat tu pun sempat lagi saya tanya cara mereka akan conduct allergy test tu
Katanya mmg sakit sikit dicucuk tapi sakit macam kene gigit semut aje

Kami pun setuju la

Rupa-rupanya...
sangat cepat!
Tak sampai 5 minit pun.

Doktor tu lukis 'jadual' apa yang nak diuji
Lepas tu drop kan setitik 'bahan yang diuji tu'
Untuk imran ada uji 10 bahan, jadi ade 10 titik berlainan
Kemudian dia pun cucuk pakai jarum cenonet aje mcm nak test kencing manis tu
Biarkan dalam 15 minit

Lepas tu, dh siap!
Takde la apa sangat dan tidak la menakutkan macam saya dok imagine
Lepas test tu Imran memang gatal sikit kat kawasan tertentu

Tapi bagi saya hasilnya sangat memuaskan
Kami tahu apa yang imran tak boleh makan
kami dah tahu apa yang imran sebenarnya boleh makan tapi kami ingat dia tak boleh makan
Lepas ni lagi 6 bulan baru follow up balik


Jadi ibu bapa sekalian,
Toksahlah dok takut kalau kena buat allergy test ni
Berbaloi!

btw, saya nak kongsikan satu video tentang seorang ibu yang bercerita ttg pengalaman dia utk BF kan anaknya yang prem. Jemput tgk



:)

Love, 



Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

4 comments:

  1. NAK TANYA...
    eh sblm tu terima kasih sbb berkongsi...
    nk tanya....apa yg membuatkan puan buat test tu ke anak? ade tanda2 mcm mana? sbb my boy skrg ade bintik2 kt badan so...kejap ilang kejap ada..tak tahu dia alergic ke apa ke? dah pnh jmpa pakar kulit kt hospital serdang tp dok kata sebab hama.tapi pnh tergerak jugak nk buat test alegy ni...
    lagi...ade kos tertentu tak nak buat test ni?

    ReplyDelete
  2. Hehe, no problem

    Actually dari kecik anak sulung saye tuh mmg ade masalah asthma dan bila tengok die makan makanan tertentu, akan naik eczema die dan kadang2 teruk.

    tanda awal ade bintik2 macam kene gigit nyamuk.

    so lepas jumpe pakar, disarankan kami buat test ni supaya betul2 tahu apa yang die tak bole makan.

    jadi teori kami sblm ni kira telah diproovekan lah. cuma ade jugak yang ingatkan die allergic, tapi tak pun. mcm ikan bilis, hehehe

    cost nye saya tak pasti sebab suami saya keje gomen,so arituh test nye free aje.
    tp boleh tanye kat hospital serdang tu, mane la tau kot dapat buat free ke :)

    ReplyDelete
  3. Anonymous12:17:00 PM

    Kat hospital serdang kat department mana ye buat allergy test..i search kt web xjumpa nk contact department mana..

    ReplyDelete
  4. Sorry lmbt reply
    kami buat allergy test dibahagian paeds
    sebab ditakdirkan allah, ada doktor pakar tgh research pasal ni jd kes kami ni kira antara yang dipanggil utk buat test lah

    ReplyDelete