5 jenis SELFIE yang tak patut anda buat

Assalamualaikum wbt

Trend sejak setahun dua ni, sampaikan ade alat dicipta utk memudahkan proses selfie
Pegi mana pun mesti nak selfie
Keramaian, kenduri kendara, majlis hari jadi
Kita pakat dok selfie sana sini

Sebagai kenangan katanya
Ye lah, nanti senang nk upload kt IG, kt Fb, Tweet dan bagitau orang

Selfie ni pun sedikit sebanyak ade baiknya
Info semua jadi cepat dan pantas
Sebab banyak reporter yg selfie 'ditempat kejadian'




Saya secara personally suka bergambar tapi tak berapa rajin nak berselfie
sekali sekala ade la juga
Kdg2 sebab orang dh ajak jd kita raikan la

Apapun harini nk cerita, pada pandangan PERIBADI saya 5 jenis selfie yang tidak patut berlaku. Jika anda yang membaca rasa tk betul ke, tak puas hati ke, atau entry ni jadi viral tetiba ke, learn how to 'agree to disagree' lah ye. Hehehehe. Saya pun tk kisah kalau awak dan awak dan awak yang membaca tak setuju. Ni hanyalah sebagai nasihat dan khidmat sosial saya.

Peace!


SELFIE TAK PATUT #1: KETIKA BAWA KERETA


Kalau yang selfie tu co-driver atau penumpang, tkde masalah la ye. die nak selfie boleh tapi jangan libatkan pemandu. Pemandu pulak sah-sah mmg tk boleh berselfie tk kira la time tu tgh jem ke, tgh kt highway tkde kereta ke. CUba google pasal kes ni, mmg banyak tau! Bila texting (sms/we chat/whatsapp etc) atau selfie, kita tentu hilang fokus. Walaupun anda rasa anda hebat macam Hamilton, percayalah, die pun tkmo buat mcm tu kalau drive...

Tak percaya?

Tgk video kt bawah ni







SELFIE TAK PATUT #2: DI MAJLIS KEMATIAN/TAHLIL


Orang ambil gambar utk berikan info saya rasa tkde masalah. Jika tak melibatkan muka jenazah atau keadaannya. Hormati perasaan ahli keluarga. If ahli keluarga yg bagi green light, itu kes lain lah (walaupun saya rasa masih kurang manis). Tapi selfie? No no no no no... ape ke hal nya nk berselfie dekat dgn jenazah atau time kenduri tahlil sambil tersengih manis? Apekah? Spare some respects lah...tak sesuai sangat tau! Org sdg bersedih, tgh kehilangan, kita upload gambar tersengih? Huuuuu



SELFIE TAK PATUT #3: DI TANAH PERKUBURAN


Yang ni tak kira la apa pun alasannya, mmg kurang nk masuk dalam akal saya la. Mcm tk berhubung pulak sel kepala ni bila disuruh menerima alasan 'suka-suka, bukan berjoget pun saya selfie aje, ni yg mati ahli keluarga saya jd sukatilah saya nk selfie'. 


Tahukah tempat yang disuruh dan dituntut utk kita ziarah tu salah satu sebabnya supaya kita ambil pengajaran? Yang nanti suatu hari kita pun ade kt bawah lubang tu? Yang azab kubur dan taman syurga itu nyata?



SELFIE TAK PATUT #4: DI TEMPAT KEMALANGAN/BENCANA


Amik gambar sudah lah. Kemudian buktikan lah apa yang nak dibuktikan ke, atau ape yang perlu diberitahu ke. Cukup kot. Tak perlu selfie. Mmg lah urusan hati seperti riya' dan ujub tu urusan kita dengan Allah, soal pahala pun mmg Allah tentukan, tapi jgn sampai kita hilang sifat peri kemanusiaan. Seronok ke kalau kita tgh dilanda musibah, org dtg tengok dan jenguk kita, lepas tu berselfie dengan siap tangan buat gaya peace? Saya tahu ni akan mengundang banyak debate, tapi bagi saya secara peribadi, saya tidak bersetuju.



SELFIE TAK PATUT #5:


Hmmm...
Nak tulis ke tak?
Tulis ke tak?
Tak tulis ke tulis?
Yang ni saya rasa sikit sensitif, kalau tulis ramai orang terasa hati
jadi, kalau nk tau, tanye la saya sendiri...

huuuu


Okeh, sekian daripada saya harini

Sekadar peringatan, moga ada khair nya

Love,

Salwa

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

2 comments: