Nazar paling tak masuk akal di dunia

Assalamualaikum wbt

Hari ni dan semalam saya kurang sihat. Jadi perlukan sesuatu yang boleh menggembirakan dan menjentik hormon lucu ke dalam neuron dan sel otak saya

Teringat satu kisah yang terjadi tahun 1998 dulu
Waktu tu saya di Tingkatan 2. Sebuah sekolah asrama di Ipoh dgn nama glemer Ta'ayah.

Kalau sesape yang lalu lalang dekat kediaman menteri besar atau Ipoh Specialist atau istana Raja Di-Hiir tu tau la sekolah ni

Anyways,

Bese la sekolah mesti la ade exam kan. Yang besarnya pertengahan tahun dengan hujung tahun.
Sebab sekolah ni sekolah agama, kitorang amik 9 subjek utk PMR. 
Dan tambah pulak lagi 10 ke 11 subjek utk Thanawi (pegh...tatau la cmne la cope dgn mende ni waktu tu). 

Di pendekkan cerita, salah satu tambahan yang sekolah biasa takde adalah subjek Bahasa Arab Komunikasi. Kecuali la anda ni org genius atau memang pernah duduk negara Arab, mempelajari bahasa Arab ni satu perkara yang boleh mengakibatkan percantuman sel yang sangat hebat

Serius!

Susah gila kot. Huhuhuhu.
Satu perkataan kalau silap baris boleh jadi macam2 perkataan lain
Satu perkataan silap sebut sebab terpanjang ke , boleh membawa maksud lain

Kalau tk silap saya waktu tu pertengahan tahun.
Exam Bahasa Arab nya melampau susah. Memang berpeluh lah
Perkara ini di persetujui kawan-kawan sekelas dan kawan sedorm.

Saya ade rasa nak muntah
nak demam pun ade
Gila lah...boleh fail kot!

Oleh kerana kononnya saya ni nak mengekalkan rekod bersih report card tanpa 'warna merah' maka dengan tanpa teragak-agaknya saya pun announce kt dorm...

"Ni kalau aku lulus lah subjek Arab ni, aku NAZAR nak belanja satu sekolah!"

Kawan-kawan lain angguk-angguk. Diorang setuju tu exam tu susah

"Kalau aku dapat A lah...mmg aku NAZAR NAK BELANJA SATU DUNIA"

Gila apa? Mmg pun. Sebab susah gila, nak pass pun tersangkut kt tekak ade hati lagi nak dapat A??




*******************************************

Ustaz Musannif menghimpunkan kertas-kertas yang telah di beri markah.
Satu persatu student dalam kelas sata waktu tu berdebar-debar

Paling berpeluh of coz la saya kan kan kan kan

"Salwa Mohd Saleh, enti ke depan"

Dup dap
Dup dap
Dup dap

Ustaz menghulurkan kertas...

What?
Gosok mata
Tenyeh tenyeh mata lagi
Gosok lagi sekali
Pandang ustaz...

"Ustaz tak silap bagi markah ke ni?"

Ustaz pandang dan rasanya dlm hati dia kata " ape ke hey nye budak ni"

Saya duduk balik di kerusi. Kengkawan semua dh pandang
Habis kelas tu, diorang pun tanya..

84% 

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

******************************

Di dalam bilik guru saya bertanya pada Ustazah Masniah.
Maka ceritanya bermula la.
Ustazah yang jarang bercakap yang serius mukanya tiba-tiba gelak

"Enti ni ade ade je lah salwa. Mcm mana enti boleh ckp mcm tu?"

"Saya kompem ustazah saya tak dapat score. susah sangat. tatau plak nk jd cmni. Habis la saya..takkan nak belanja satu dunia?"

Maka ustazah bercerita tentang apa yang blh dilakukan ketika kita tak mampu tunaikan nazar.

Saya ni tkde hamba nak dibebaskan
Nak jamu 40 orang miskin pun baru form 2, duit poket pun mak abah yg bagi
So berpuasa lah saya selama 3 hari

Tapi saya masih belikan gula-gula yang banyak so setiap sorang rakyat jelata kt sekolah tu rasalah gula-gula sebiji sorang (kalau korang yg baca ni pernah sekolah yg sama taun 1998 tp tk dpt gula-gula, ade la tu org lain dh selamat menelannya)

*********************************

Bukan nak cerita saya terer
atau nak cerita saya ni kurang waras
Tapi saya ni confident
Kadang terlajak confident sampai tak masuk akal

Dan confident tu besenye di balancekan dengan sifat sy yg mudah cuak mcm cerita atas ni la
Saya punya night mare bukan jumpe hantu, atau terjun bangunan ke atau makan masakan tak sedap ke tapi kalau mimpi exam ketika tak sempat study

Cerita ni banyak juga bagi pengajaran kat saya
Heheehe

Ok, sekian

Itu je nak cerita

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

4 comments:

  1. Wa, kenapa kami tak ingat exam tu. 2S ust munawir ajar ye. Bukan Musannif? kami 2R ustz Adhar.

    ReplyDelete
  2. Nak jugak gula-gula sebiji...

    ReplyDelete
  3. Haah la mai
    betoi2
    ustaz musanif.. hehehe

    kak fazi mau gula2 boleh..lepas pantang nnti ye :p

    ReplyDelete