Asyik-asyik DIA AJE

Assalamualaikum wbt




Beberapa minggu lepas, saya dan suami sembang-sembang petang.

Duduk berborak bukanlah satu kesempatan yang mudah buat kami berdua sejak awal berkahwin lagi. Mungkin nature tugasan suami yang selalu padat dan saya juga dulunya berulang alik agak jauh dari tempat kerja, kebiasannya kami hanya berbual seketika didalam kereta.

Perbualan kami adalah tentang 'self-esteem' pada ketika itu akhirnya mengimbau kenangan di zaman persekolahan. Untuk pengetahuan pembaca, kami ni satu sekolah dahulu sewaktu di peringkat Menengah Tinggi tapi di sekolah tidak pernah pula bertegur sapa. 

Gambar kenangan di Kaherah. Antara tempat yang dikunjungi sewaktu umrah dan ziarah mesir tahun 2012


Ketika di sana, saya mungkin dikenali oleh pelajar lain sebagai seorang yang sangat aktif dalam aktiviti ko-kurikulum hingga berbagai gelaran diberi antaranya robot kerana tak reti duduk diam.

Hakikatnya itulah saya

Dari selembut-lembut acara seperti berpantun dan mendeklamasi sajak hinggalah ke acara sukan seperti bola jaring dan tak lupa 'sparing' taekwondo. Malah sempat juga berkuiz koperasi hingga ke peringkat nasional. Banyak lagi yang disertai yang sampaikan roommates malahan rakan sekelas saya pun tak tahu saya sertai kerana banyak sangat kata mereka.

Dalam pada itu terdengar juga suara-suara kecil dan sumbang di belakang saya yang sampai ke telinga; 

"ASYIK-ASYIK DIA SAHAJA"

Suami saya menduga; mungkin kerana saya terlalu 'tamak' dan membolot semuanya, maka orang jadi tak suka dan iri hati.

Jawapan saya mudah sahaja,

"KENAPA MEREKA TAK BUAT?"

Saya terangkan yang saya tidak pernah ada wild card ticket utk mana-mana acara. Saya akan hadiri proses sepenuhnya pemilihan dan jika terbukti layak barulah saya akan dipilih menjadi wakil sekolah dan peringkat seterusnya. Cuma ada lah satu peristiwa dimana sekolah saya dijemput menyertai kejohanan bola keranjang peringkat zon dan sekolah kami tidak pernah ada pasukan bola keranjang perempuan (padang bola keranjang pun tkde). Waktu tu saya antara yang dipilih sebab ketinggian. Itulah satu-satunya pemilihan yang unik sedikit ketika itu.

Jadi,

Kenapa tak mereka yang datang proses pemilihan dan cuba utk jadi terbaik supaya mereka yang dapat tempat tersebut?

Hakikatnya mereka lebih suka berkata-kata belakang sahaja!

2014-03-19 07.14.04
Keratan akhbar. KISAS Johan Piala Sirih Pulang ke Gagang tahun 2001.
2014-03-19 07.14.42
Keratan Akhbar. Piala Sirih Pulang ke Gagang 2001.

Gambar hiasan ini saya ambil dari blog Alang Tengah
Saja, imbau kenangan zaman 'dolu dolu'

Didalam realiti hidup juga begitulah. Apabila orang lain berjaya, orang lain dapat rezeki berganda, kenapa mahu katakan asyik dia yang dapat? Kenapa tak kita buang sikap tu dan usaha agar;

ASYIk-ASYIK KITA SAHAJA?


Berhentilah merungut
Berhentilah beralasan
Berhentilah dengki

Sedut aura positif dan sebarkan pada semua orang

Boleh?

YAKIN BOLEH!

Love,

Salwa


Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment