Resepi mudah hilangkan batuk dan selsema

Assalamualaikum wbt


Kadangkala anak-anak kita yang di hantar ke pusat jagaan atau sekolah mudah berjangkit dari kawan mereka. Sebab itu kerap terjadi anak sering demam, batuk dan selsema

Kita juga boleh dapat tempiasnya!

Hari ni saya nk kongsikan 2 resepi ringkas yang boleh dicuba dan sesuai utk golongan dewasa dan kanak-kanak di atas satu tahun.

Jom kita tengok!


RESEPI 1: TEH LEMON MADU














Bahan-bahannya:

  • Sedikit teh dari uncang atau teh serbuk
  • Satu sudu makan madu
  • 1/3 biji lemon yang dihiris
  • Gula secukup rasa

Cara membuat:

  • Jerang air hingga mendidih
  • Masukkan teh
  • Tapis ke dalam cawan
  • Campurkan madu dan lemon
  • Campurkan gula mengikut citarasa



RESEPI 2: TEH HALIA TULSI












Bahan-bahannya:
  • 1 inci halia
  • 10 helai daun Tulsi/Tulasi atau dikenali juga sebagai Ruku-ruku
  • Sedikit teh dari uncang atau teh serbuk
  • Gula secukup rasa

Cara membuat:

  • Tumbuk halia dan daun
  • Jerang air hingga mendidih
  • Masukkan teh, halia dan daun tulsi
  • Tapis ke dalam cawan
  • Campurkan gula mengikut citarasa


Amalkan pengambilannya selama 3 hari sebanyak 2 kali sehari atau hingga selsema/batuk hilang


Anda akan seronok dengan hasilnya!

Selamat mencuba :)

Love,






Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment