16 makanan terbaik untuk pesakit diabetis


16 makanan yang sihat untuk pesakit diabetis


Jika anda atau ahli keluarga anda menghidap penyakit diabetis, salah saut perkara yang sangat perlu dititik beratkan adalah diet seharian. Makanan seimbang dan rendah gula adalah penting bagi memastikan paras glukos didalam tubuh pesakit diabetis sentiasa terkawal dan pesakit berada dalam keadaan stabil.

Artikel ini saya ambil dan olah dari Health Digetz senbagai panduan kepada pesakit diabetis dalam merancang menu seharian mereka.

Selamat mencuba!




1.  Bijirin Oat

Kajian telah menunjukkan bahawa amalan pengambilan diet yang kaya dengan serat, bijian dan fiber dapat mengurangkan risiko diabetis dari 35 hingga 42 peratus. Ini boleh didapati daripada bijirin Oat yang dapat melambatkan penyerapan glukos daripada makanan ke dalam perut seterusnya mengawal paras gula di dalam darah


2. Kekacang
Jika anda ingin menaikkan paras gula didalam darah secara perlahan-lahan, anda perlu memilih sumber karbohidrat yang berkualiti dan bukannya makanan berasaskan gula. Karbohidrat ini sesuai digabungkan dengan sumber protein atau lemak sihat. Ini boleh didapati daripada kekacang seperti soya, kacang parang, kacang merah dan sebagainya yang mengandungi bukan sahaja karbohidrat berkualiti malah protein dan fiber yang dapat membantu menstabilkan paras gula didalam tubuh badan.

3. Epal
Pengambilan buah epal dapat membantu mencegah diabetis. The Harvard School of Public Health telah memeriksa diet 200,000 orang dan mendapati mereka yang mengambil epal sebanyak 5 biji dan ke atas dalam masa seminggu mempunyai 23 peratus kurang risiko untuk menghidap diabetis jenis 2 dibandingkan dengan mereka yang tidak mengambil epal. Terdapat sejenis antioksidan didalam epal yang dapat mengurangkan paras kolestrol LDL yang merupakan penyumbangkan kepada penyakit jantung. Satu biji epal bersaiz sederhana mengandungi 3 gram fiber.


4. Asparagus
Asparagus mengandungi sejenis antioksidan yang tinggi dipanggil glutathione yang memainkan peranan penting dalam proses anti penuaan dan membantu merawat penyakit seperti diabetis, sakit jantung dan kanser.


5. Ikan
Ikan merupakan salah satu sumber utama bagi protein tanpa lemak. Ikan laut dan ikan darat seperti keli dan tilapia mengandungi daging putih yang boleh disediakan secara sihat dengan teknik bakar, panggang atau gril. Ikan juga elok dihidangkan dengan karbohidrat berkualiti tinggi yang boleh didapati didalam sayuran, kekacang atau bijirin yang dapat mengawal paras gula.


6.  Avocado
Avocado dikenali kerana kandungan lemak tidak tepu nya yang sihat. Menurut Academy of Nutrition and Dietetic, pengambilan avocado dapat membantu dalam membaiki dan mengawal paras kolestrol dan mengurangkan risiko penyakit jantung


7. Yogurt
Yogurt tanpa lemak secara semulajadi mengandungi karbohidrat berkualiti dan protein. Ini merupakan sumber makanan yang sangat baik untuk mencegah kenaikan paras gula secara tidak sihat. Kajian menunjukkan diet yang tinggi dengan kalsium dari yogurt dan sumber lain dapat mengurangkan risiko diabetis tahap 2.


 8.  Beri biru (blueberries)

Beri biru merupakan salah satu buah-buahan yang kaya dengan suber flavanoid; yang dikenali kerana kandungannya yang mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan. Selain itu, kandungan fiber yang tinggi di dalam beri biru dapat menguarngkan risiko diabetis dan membantu mengawal paras gula.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel ini: Keistimewaan bioflavanoid


9. Brokoli

Brokoli dan beberapa jenis sayuran lagi seperti kobis, kobis bunga dan Bak Choy adalah sayuran yang mengandungi kompoun sulfur yang dikenali sebagai glucosinolates. Ianya berupaya mencegas kanser (anti-kanser) dan membantu mengurangkan risiko penyakit jantung


10. Badam
Badam tanpa garam mengandungi lemak tidak tepu dan magnesium yang sangat penting dalam metabolisma karbohidrat. Kajian daripada Universiti Harvard mendapati pengambilan diet dengan magnesium yang tinggi mampu mengurangkan risiko diabetis sebanyak 33 peratus.


11.  Lobak merah
Lobak merah adalah pilihan yang sangat baik untuk diet seharian anda samada di ambil secara segar atau dimasak. Lobak merah yang dimasak adalah kaya dengan kanji seperti kentang walaupun berada didalam kategori sayuran bukan kanji. Lobak merah adalah tinggi dengan kandungan Vitamin A yang berpunca dari beta-carotene antioksidan. Ini penting untuk penglihatan dan sistem imunisasi dan dapat mencegah beberapa jenis kanser.

12.  Salmon
Salmon liar dan sardin adalah kaya dengan sumber Omega 3 dan juga lemak sihat berserta protein yang dalam melambatkan penyerapan karbohidrat dan mengawal paras gula. Omega 3 juga berupaya mengurangkan risiko penyakit jantung yang mana sangat sinonim dengan pesakit diabetis jenis 2 yang sangat berisiko menghidap penyakit kardiovaskular


13. Biji rami (Flax Seeds)


Biji rami mengandungi alpha-linolenic acid (ALA) yang boleh ditukarkan menjadi Omega 3 yang mempunyai manfaat yang sama dengan omega yang terdapat didalam ikan. Biji rami juga merupakan sumber bagi sejenis antioksidan yang dipanggil lignans yang dapat membantu mencegah penyakit jantung dan kanser.




14. Putih telur
Kaya dengan protein tanpa lemak dan rendah dalam karbohidrat, putih telur adalah satu lagi pilihan sihat dalam mencegah diabetis jenis 2. Putih telur dari sebiji telur yang besar mengandugi 16 kalori dan 4 gram protein berkualiti yang dapat mengawal paras gula dan membantu mengurangkan berat badan.

15. Bawang putih

Terdapat kajian menunjukkan pengambilan bawang putih dapat membantu mengurangkan paras kolestrol didalam darah untuk jangka masa pendek dan membantu mengurangkan tekanan darah.

16. Kale


Kale adalah sejenis sayuran hijau yang dikatakan dapat mengurangkan risiko diabetis jenis 2. Mereka yang mengamalkan sayuran hijau didalam diet harian didapati mampu mengurangkan 14 peratus risiko menghidap diabetis.



Diharapkan info yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Anda juga boleh mencuba makanan tambahan (supplement) VIVIX untuk mengurangkan paras gula bagi pesakit diabetis. Info lanjut boleh didapati di sini: Kelebihan VIVIX

Selamat mencuba!

Love,

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment