Tempoh hayat EBM mengikut tempat simpanan

Assalamualaikum wbt

Malam ni nak kongsi kan satu info yg biasa dah di edar di kalangan ibu yg menyusu.
Pun begitu masih ramai tidak sedar tentang kepentingan nya dan mungkin kadang kadang terlupa.

Expressed breast milk (EBM) adalah penting sebagai satu usaha utk memastikan bayi mendapat khasiat susu ibu walaupun ibu adalah wanita bekerjaya atau yg masih belajar atau yg mempunyai kekangan utk menyusukan bayi secara langsung.



Kaedah penyimpanan dan penyelenggaraan EBM sgt perlu diutamakan supaya khasiat susu adalah optimum dan tidak menyebabkan keracunan kepada bayi.

Secara ringkasnya, EBM mampu bertahan dalam tempoh tertentu mengikut cuaca dan cara simpanan berikut:

1 - EBM yg baru diperah bertahan hingga 4 jam dalam suhu bilik normal
2 - EBM yg dicairkan dan sudah dipanaskan (thaw and re-heat) bertahan hingga 1 jam dalam suhu bilik yg normal
3 - EBM yang dicairkan (thaw) dan disimpan di dalam peti sejuk bertahan sehingga tempoh 24 jam.
4 - EBM yg diletakkan di dalam peti sejuk bahagian biasa (fridge) bertahan hingga 48 jam
5 - EBM yg diletakkan di dalam peti sejuk bahagian sejuk beku (freezer) bertahan hingga 3 bulan jika mempunyai kitaran udara yg baik dan tidak terlalu padat.
6 - EBM yg diletakkan di dalam peti sejuk beku (deep freezer/chest freezer) bertahan hingga 6 bulan.


Ini adalah anggaran tempoh simpanan dan boleh berubah mengikut faktor lain.


Jika setelah dicairkan dan diuji sedikit dgn meletakkan beberapa titis EBM keatas tapak tangan dan dirasakan masam, adalah lebih baik ianya tidak digunakan kerana khuatir EBM tersebut telah pun rosak.


Nanti saya akan kongsi pula cara embargo jadual kitaran EBM utk memastikan bayi anda sentiasa mendapat khasiat EBM yg paling optimum di samping memastikan stok EBM sentiasa ada dan tidak luput tarikh.

Selamat mencuba!

Love,


Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment