Homemade paint yg paling simple

Assalamualaikum wbt

Beberapa minggu lepas saya ada kongsikan gambar hero-hero yang mewarna di laman rumah.
Istimewanya warna tu sebab dibuat sendiri guna bahan yang sangat asas.

Maknanya semua org pun boleh buat in sya allah.

Hari ni nk kongsi cara paling simple utk buat homemade paint macam gambar di bawah ni :)






















BAHAN-BAHAN:

- Tepung jagung atau tepung gandum



- Pewarna masakan




- Air
- Bekas utk isi warna yang dah siap
- Berus



























- Kertas lukisan



CARA-CARANYA


1. Bancuh tepung dengan air secukupnya. Elakkan terlalu cair kerana nanti susah utk paint tersebut melekat di atas kertas.



2. Bahagikan kepada beberapa bekas kecil utk memudahkan proses mewarna.




3. Titiskan beberapa titis pewarna makanan mengikut warna yang digemari dan gaul rata


SIAP!


Mudah bukan?

Dah boleh main dengan anak-anak!

















Selamat mencuba ya

Love,

Salwa








Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment