Fun way of learning various shapes

Assalamualaikum wbt


Salah satu aktiviti yang mudah untuk anak-anak di bawah pra sekolah yang boleh di cuba
Kali ni Emak nak perkenalkan 'shape' kepada Imran dan I'jaaz

Sebenarnya walaupun nampak ringkas tapi aktiviti ni boleh mengasah skill anak kita dalam mengenal pasti bentuk yang betul untuk dipilih dalam 'longgokan' bentuk-bentuk lain

Mereka akan lebih peka dan tahu pula memilih pelbagai warna untuk menyiapkan 'tugasan' masing-masing.


Baiklah, 


Langkah 1: Sediakan beberapa keping kertas yang telah dilukis dengan bentuk yang ingin dipelajari




Langkah 2: Gunting kertas berwarna dalam jenis bentuk yang ingin dipelajari


Langkah 3 : Campur kan semua bentuk dan warna dan letakkan disalam satu bekas




Langkah 4: Sediakan gam, pilih satu bentuk yang ingin dipelajari dan mula beri arahan untuk anak memadankan kertas warna dengan bentuk yang tepat. Dan hasilnya adalah seperti ini





Langkah 5: Setelah dua hari Imran dan I'jaaz bermain aktiviti ini, Emak kumpulkan keempat-empat bentuk dan uji mereka untuk pilih dan padankan dengan 4 jenis bentuk yang telah di pelajari




Bagaimana, mudah kan?


Selamat mencuba!


Love,

Salwa




Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

1 comment:

  1. wow best, boleh cuba untuk aktiviti malam esok

    ReplyDelete