Kerana Seekor Lalat

Assalamualaikum wbt

Kisah ringkas ini dipetik dari sebuah buku himpunan kisah-kisah yang menyentuh hati dan sesuai utk motivasi, hasil himpunan penulis Indonesia, Kang Abik@ Habiburrahman El-Shirazy. Bukunya berjudul “Ketika Cinta Berbuah Syurga”.


****************************************************************************
MASUK SYURGA DAN MASUK NERAKA KERANA SEEKOR LALAT















Dikisahkan bahawa Imam Thariq bin Syihab pernah mengatakan didalam sebuah majlis ilmunya,

“Ada orang yang akan masuk syurga dan masuk neraka hanya kerana seekor lalat”
Semua yang hadir dalam majlis ilmu itu terkejut dan kehairanan.Bagaimana boleh jadi seperti itu?

Lalu Imam Thariq menuturkan sebuah kisah.

Ada dua orang yang sedang mengembara.Suatu hari mereka memasuki satu kawasan yang mana penduduknya menyembah berhala.Sesiapa yang lalu dikawasan itu harus mengorbankan sesuatu untuk disembahkan kepada berhala itu. Jika mereka tidak mahu mengorbankan apa-apa, mereka tidak akan dibenarkan keluar dari daerah itu dalam keadaan hidup.

Mereka berdua pun disuruh untuk melakukan korban utk berhala tersebut. Lelaki pertama, sangat takut pada kematian namun dia tidak memiliki apa-apa.Akhirnya dia menangkap seekor lalat dan menjadikan lalat tersebut sebagai korban utk sembahan.

Sedangkan lelaki kedua tetap teguh berpegang pada akidahnya.Dia tidak mahu berkorbanapa-apa untuk berhala itu meskipun hanya dengan seekor lalat.Dia memilih utk taat kepada ajaran agamanya, berkorban hanya boleh dilakukan hanya kerana Allah.Sedangkan sembahan utk berhala,walaupun hanya seekor lalat adalah perbuatan menyekutukan Allah dan ia adalah 
DOSA YANG SANGAT BESAR.
Akhirnya lelaki kedua itu dibunuh.Dia syahid dalam mempertahankan akidahnya dan dia beroleh syurga.


Sedangkan lelaki pertama tadi, akhirnya dipatuk ular berbisa ketika dalam perjalanan dan mati dalam keadaan musryik (menyekutukan Allah). Dia dimasukkan kedalam neraka kerana menyekutukan Allah dengan memberikan seekor lalat sebagai sembahan kepada berhala.”

****************************************************************************
Jelas bukan? Rasanya tak perlu nk huraikan kot sebab terang dan nyata kisahnya.Allah adalah satu, tidak ada yang kedua atau ketiga dan seterusnya. Bilamana kita takut dan percaya ada ‘kuasa/benda’ lain yang melindungi kita, istigfar lah segera, kerana kita boleh jadi hilang syahadah dalam keadaan sengaja mahupun tidak sengaja!

****************************************************************************
Untuk manfaat sepenuhnya, disarankan membeli buku ini.

Judul Buku: Ketika Cinta Berbuah Syurga
Penulis: Habiburrahman El Shirazy
Penerbit (edisi Indonesia): MQS Publishing
Tahun: 2005
ISBN: 979-3503-83-1
Harga: Tak ingat. Titip dari kawan di Indonesia.
Halaman: 116



Love,


Salwa

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment