WAHM M10W4:What's in your luggage?

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, beberapa minggu lepas telah diberi peluang untuk memberi sedikit presentation tentang kenapa saya pilih Shaklee.


Terima kasih la kepada puan Lyna Noh yang minta saya present walaupun saya rasa macam kecik aje nk present tapi bila tengok badan yang tak berapa nak kecik, jadi semangat balik lah


Lama juga dok fikir konsep apa nak buat sebab saya tak mahu nanti orang dok melopong nganga mulut. Jadi setelah beberapa hari, saya rasa konsep Luggage adalah yang terbaik buat masa ini untuk saya ketengahkan.



Kenapa luggage?


Kita ni antara extra luggage yang orang malas nak bawak tapi terpaksa bawak

Atau
Kita ni must have luggage yang memang kita takmau pun orang akan nak jugak bawak kita

Jadi, yang mana satu kita nak??







Dah tentulah kita nak menjadi orang yang penting dan dapat beri manfaat. Atau sekurang-kurangnyalah tak menyusahkan orang lain seperti extra luggage.


Dalam group OHSEM saya (Ordinary Human Strive-to-be Extraordinary Muslim), saya tekankan 6 perkara yang perlu ada dalam luggage masing-masing sebagai family OHSEM.


Saya kongsikan disini sebagai panduan dan idea untuk anda isi sendiri luggage anda

Tak semestinya dalam bidang bisnes, luggage ini penting untuk hidup anda

Apa yang anda nak bawa dan apa yang anda nak isi dalam hidup anda






Luggage OHSEM kami di isi dengan:


             

1) Taa'ruf
Kita saling mengenali antara satu sama lain. Bukan setakat nak maju dalam Shaklee, tetapi kita ingin kenal siapa rakan bisnes kita. Tak kenal maka tak cinta

2) Tafahhum
Saling memahamkan. Kita cuba fahami situasi setiap ahli keluarga Ohsem dan cuba memberikan penjelasan jika ada yang masih kurang faham dengan bisnes ni.

3) Takaful
Saling membantu.Kita bantu kawan yang masih baru dan kita juga akan dibantu jika kita punyai masalah tak kira dalam Shaklee atau dalam masalah lain

4) Love
Tanpa kasih sayang, siapalah kita. Subur dan semarakkan cinta antara kita kerana tidak beriman seeorang dari kita hingga kita mencintainya sebagaimana kita cinta diri sendiri

5) Musleh
Menjadi soleh dan mensolehkan orang lain. Dalam keluarga Ohsem, kita nak tingkatkan amal kerohanian supaya hidup kita seimbang. Dunia kita cari, tapi akhirat yg kita kejar

6) Itqan
Buat sesuatu mesti dengan sehabis baik dan semaksimum mungkin.Allah dan rasulNya suka seseorang yg jika melakukan sesuatu pekerjaan, mesti dilakukan dengan Itqan

Fahami prinsip ini dan anda semua akan berjaya!
So, 


What's in your luggage???




:)

Love,

Mak Ohsem Chomey (MoC)






Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment