Diary WAHM M9W1: Tips mengelakkan keracunan makanan

Assalamualaikum wbt

Kami mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga yang terlibat dengan kes keracunan makanan di Tanjung Dawai tempohari.

Keadaan seperti ini susah untuk diduga apalagi dengan kenduri kendara berskala besar dan kemudahan memasak yang agak kurang bersih dan kurang kawalan, menyebabkan perkara ini terjadi.

Kami sekeluarga juga masih mengamalkan gotong royong memasak bersama untuk kenduri. Kes seperti ini hendaklah kita jadikan iktibar supaya tidak berulang di masa hadapan.

Hasil siasatan menunjukkan bahawa ayam yang dihidang pada majlis tersebut telah dicemari dengan bakteria Salmonella.

Kami kongsikan juga disini beberapa bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan



















Walaupun nampak mudah, tapi aspek penyediaan makanan haruslah diambil serius dan dilakukan dengan teliti.

Mari kita cuba tips berikut untuk mengelakkan berlakunya keracunan makanan:


  • Basuh dengan bersih kesemua bahan  makanan yang hendak dimasak
  • Elakkan mencampur adukkan peralatan masakan. Satu peralatan utk satu hidangan sahaja
  • Pastikan makanan mentah dan yang sudah dimasak tidak terdedah 
  • Pastikan bahan yang digunakan adalah segar dan tidak tercemar
  • Hidu, rasa dan lihat sebarang keganjilan sebelum memakan makanan
  • Berhenti makan apabila terasa sesuatu yang asing/ganjil
  • Cuci tangan dengan segera sebelum makan, sebelum menyediakan makanan dan sesudah makan




Jika anda mengalami tanda-tanda berikut, anda kemungkinan besar keracunan makanan:


  • Cirit-birit
  • Sakit perut yang memulas
  • Demam
  • Menggigil
  • Muntah
  • Mengalami dehidrasi



Dapatkan rawatan segera dan jangan bertangguh.
Untuk memastikan tenaga masih ada, minum air yang dicampur dengan ORS kerana ianya mengandungi gula, garam dan zat galian utk menambah tenaga.
Jika anda tidak mempunyai ORS, minum air berisotonik seperti 100plus
Jika anda memiliki PERFORMANCE DRINK, ianya juga membantu mengembalikan tenaga


Jagalah kesihatan diri

Semoga tips ini memberi manfaat kepada anda!

Love,

Salwa







Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment