Assalamualaikum wbt
Musim perayaan ni memang nafsu nak berbelanja tu tinggi
Semua benda nampak cantik
Daripada yang KEHENDAK bertukar tiba-tiba jadi KEPERLUAN
Walaupun sebenarnya tak perlu pun sampai 4-5 pasang baju raya
Waktu ni lah shopping tak hengat
Gaji baru masuk pun dah tinggal sekerat
Isyh, berat berat
Alternatifnya? Credit Card!
Eyh, dah macam buat puisi pulak rasanya. Bukan apa, saya ni ingin bersikap prihatin sahaja. Ye la, memandangkan kalau ikut berita dan statistik, berapa ramai orang muda dah diisythiar bankrap. Ngeri!!
Belum lagi yang hutang bertimbun-timbun tak mampu nak bayar sedangkan interest/charge/upah perkhidmatan (whatever you want to call it) dah mencanak-canak naik
Macam ni lah, saya buat tips simple dan dari pengalaman sendiri.
Saya ni pakai kad kredit dari zaman student lagi. Waktu tu kerja part time dan daftar dengan Inland Revenue Tax kat sana, so siap boleh apply credit card lagi.
Lepas dapat keje pun saya mmg layak apply. Siap ada 7 kad lagi dalam satu masa! (ni sebelum kerajaan umumkan max 2 kad). Tapi alhamdulillah, tadak masalah pun. Sampai dah dekat 10 tahun pakai, sekupang hatta satu sen charge pun saya tak pernah bayar!
Bila dah kahwin, saya beritahu suami dan suami pulak sangat setuju. Jadi kami buat deal. Dan alhamdulillah, suami saya pun tak pernah lansung bayar charge!
Camne kami buat?
Kami berikrar, kad kredit hanya untuk
1. MUDAHKAN URUSAN ONLINE
Ini kalau nak beli tiket kapal terbang ke, atau dulu saya selalu kene pi oversea atau hotel, jadi boleh buat online aje pakai kad. Tak perlu susah nak ke office agent nak tempah dan sebagainya. Kalau nak beli apa-apa kat website pun senang, pakai kad aje. Jadi ini memudahkan kita
2: KUMPUL POINTS
Percaya atau tak, points saya dan suami kami pernah tebus macam-macam. Antaranya oven, air purifier, food processor, baju, kasut, hadiah birthday, coupons, kuali, stand mixer dan banyak lagi! Ini semua dapat tanpa perlu bayar sesen pun. Tebus aje dengan mata terkumpul sebab kami guna kad. Syok betul!
3: GUNA BILA ADA DUIT DALAM AKAUN
Maknanya, kami guna sebab kami tahu dalam akaun ada duit utk bayar balik lepas tu. Contoh, dalam akaun ada RM500 budget utk beli barang dapur. Jadi demi mengumpulkan points yang banyak (refer no. 2 di atas) barang dapur yang beli kt Mydin pun kami akan swipe kredit kad. Minggu pertama beli RM125, jadi balik rumah besoknya lepas keluar aja kat statement, terus bayar right on the dot without any delay. Selamat!
4: EMERGENCY
Ini dah bila betul-betul kering dalam suatu masa tertentu. Contoh gaji masuk 25hb, sedangkan budget beli barang dapur dah habis waktu 24hb. Jadi swipe credit card sebab nak kene masak dan makan jugak kan, then bila gaji masuk terus bayar dengan segera. Tanpa tangguh sehari dua. Okay?
5: NO INTEREST EASY PAYMENT
Bab ini kene hati-hati. Silap-silap semua nak beli. Kalau ada cash, better beli cash lah. Tapi kadang-kadang kita takde budget nak beli cash, bila kira ikut bulanan mampu beli, maka pakailah skim ini. Contoh, handphone atau barangan elektrik. Tapi ingat, kene make sure kita mampu nak bayar tiap-tiap bulan, baru sign utk skim macam ni!
Itu aje sebenarnya
Kalau anda ikut semua tips ni, in sya Allah bank akan menyampah gila dengan anda.
Sumpah!
Dah la sekupang pun tak dapat dari kita, depe pulak rugi sebab kita dok tebus macam-macam hadiah.
heheheheh
Oh, saya juga nak ambil kesempatan utk clarify yang memang saya juga menyediakan option bayaran utk menggunakan kredit kad bagi setiap pembelian dari salwasaleh.com
Kat sini ada maklumat lanjut: Pembelian Shaklee dan barangan salwasaleh.com dengan kad kredit
Ini tidak bermaksud saya mahu galakkan pelanggan berhutang. Tak! Saya beri pilihan sebab ada yang sesetengah tu susah nak bank in duit, ada yang dok jauh, ada yang dok oversea, ada yang sesak sikit tapi perlukan supplements dan macam-macam jenis pelanggan lagi
Ikut anda lah nak beli lagu mana pun. Asalkan bayar dan ikut kemampuan :)
Jadi, selamat mencuba dan beramal!
Love,
Salwa
Popular Posts
-
Congratulations on getting to this stage of the Chevening application! You have gone this far – it shows that the British embassy/high com...
-
♪BELAJAR BAHASA ARAB♪ terima kasih - syukran (شكرًا ) sama sama - afwan ( عفواً ) saya minta maaf - aseef (asif) ( آسف ) baiklah - h...
-
Assalamualaikum wbt Post ini saya telah lama 'hutang' dengan beberapa rakan yang kerap bertanya bagaimana saya berpantang selepas ...
-
Assalamualaikum wbt Sebenarnya saya sedikit kesal dengan kebanyakan pengguna internet yang suka menyebarkan maklumat tanpa diselidiki terl...
-
Assalamualaikum wbt Since ramai yang masih tertanya apa kudapan yang sesuai untuk anak especially kudapan untuk bayi 6 bulan ke atas, m...

Another tips: Kredit Limit Munasabah
ReplyDeleteBank selalu bagi kredit limit 2-3 kali basic gaji. Jadi kalau pakai 2 bank kredit kad contohnya, tentutakan kredit limit munasabah. Saya hanya ambik kredit limit total 2 x gaji bulanan sahaja.
menarik2..
ReplyDeletesaya setuju!
terima kasih kerana share
:)
Salam..
ReplyDeleteAkak guna kredit card dari bank mana? Asa servey maybank. Tp x tau y mana elok. Samada 2 gold card atau american.. Akak guna y mNa...
Nur...
Salam.
ReplyDeleteBoleh Akak suggestkan kredit kad yang mana bagus?
sbnrnye dari mana keuntungan paling besar bank dgn kad kredit ialah menjual mesin swap kat kedai2 yg perlu...
ReplyDeleteThanks wa.. Sgt membantu
ReplyDelete