Diary WAHM M7W4: Menjaga anak atau menghantar anak?

Assalamualaikum wbt

Post ini sebenarnya saya tulis di FB saya pada minggu lepas berkaitan dengan kes terbaru tentang penderaan seorang kanak-kanak perempuan di Ipon dan kes bayi berumur setahun setengah yang dikurung di stor disalah sebuah nursery di Putrajaya tahun lalu.

Ini juga merupakan respon saya terhadap beberapa soalan dari kawan-kawan.

Banyak pula yang share status ini. Saya harap moga ianya memberi satu ruang utk pandangan dari sudut lain juga memberi peluang untuk para ibu mencongak dan mengatur pelan tindakan masing-masing.


















Moga ada manfaatnya!

****************************************
Ditulis di FB peribadi, tanggal 21 Ogos 2013

Isu penderaan anak di taska/nursery dan pembantu rumah.

Berkait rapat pula dengan isu suri rumah dan wanita berkerjaya.

Beginilah. Ini pendapat peribadi bukan nak mengundang kontroversi.
Saya menjawab soalan ramai kawan-kawan yang bertanya tentang bagaimana saya mengambil keputusan untuk berhenti bekerja disebuah syarikat minyak gergasi negara ketika pendapatan saya agak tinggi jika dibandingkan dengan org seumur saya.

1. Niat

Saya pernah hantar anak-anak ke nursery, sekolah, jiran dan pernah ada pembantu rumah. Alhamdulillah tidak pernah dengar dan lihat penderaan di depan mata (moga ianya tak pernah berlaku). Namun saya masih gelisah dan khuatir akan peranan saya sebagai isteri dan ibu yang tidak terlaksana.Apatah lg anak sulung saya kerap sakit dan perlu perhatian. Saya mahu mereka selamat disisi saya dan diasuh mengikut acuan suami dan saya. Bukan acuan ahli keluarga, nursery, sekolah atau sesiapa yang lain. Selepas berhenti, saya masih hantar mereka separuh hari supaya saya ada ruang bernafas dan mereka dapat bergaul denga rakan. Jauh disudut hati saya mengharapkan tahun depan saya dapat homeschool mereka sepenuhnya walaupun ianya amat sukar kerana saya juga bukan lah penyabar.

2. Ibu madrasah pertama anak

Buat apa saya belajar tinggi hingga ke luar negara tapi anak sendiri tak mampu saya teladani? Anak umpama kain putih dimana ibubapa menjadi pencorak utama.mengapa memilih orang lain utk mencorak anak kita? Saya membaca buku seorang ustaz dimana beliau bercerita perihal seorang ulama' yg mengatakan antara punca utama khalifah tidak dpt dikembalikan adalah kerana para ibu di keluarkan dari rumah utk disibukkan dgn pekerjaan. Saya hormati pendirian sebilangan ibu yg memenuhi tuntutan fardhu kifayah seperti para doktor, pengajar dan lain-lain. Saya juga sgt berminat dlm bidang pendidikan dan ingin mengajar secara sambilan jika berpeluang.Apapun pilihan yang kita ada, utamakanlah keluarga. Jangan kerana kerjaya kita korbankan keluarga terutama anak-anak yang perlukan perhatian dan bimbingan dari kita.

3.Ukur baju dibadan sendiri

Ramai yg mengadu kepada saya, mereka teringin menjadi suri rumah tetapi mempunyai komitmen.setiap orang mempunyai cerita dan tanggungjawab berbeza.jika anda betul ingin menjadi suri rumah, perbetulkan perbelanjaan.saya tidak membeli handbag dan kasut branded ribuan ringgit.tudung hanya yang harga kurang dari rm50, makan direstoran berjenama pun jarang sekali. Suami tidak merokok dan tidak melepak di kedai mamak. Kereta hanya myvi yg sudah 6thn stgh dan kereta second hand elentra yg sudah lebih 10 tahun umurnya. Maksudnya? Banyak yang tidak perlu tapi ini lah yang menyebabkan budget bulanan sangat tinggi dan kita selalu berpendapat kita tidak cukup wang untuk jadi suri sahaja. Jika anda punya komitmen pada keluarga/rumah/kereta, cuba rancang perbelanjaan dengan memulakan bekerja secara part time. Atau pilih menjadi wahm dan berkerjaya dirumah. Saya berbisnes sambilan yang buat masa ini tidak pun sampai 10% dari gaji saya sewaktu bekerja penuh dahulu.tapi ingatlah, dikala.keadaan sempit, Allah yang melapangkan. Bukan majikan, orang tua, rakan atau sanak saudara.

Banyak lagi yang saya mahu tuliskan tapi cukuplah ini dahulu.
Lain sekolah, lain ajarannya. Pilihlah yang paling dekat dengan hati dan situasi anda

Moga Allah permudahkan dan melapangkan..

Wallahu'lam

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment