Hitung nikmat dan syukur, bukan menghitung kesusahan


Assalamualaikum wbt

Ape khabar semua? Semoga sihat dan sentiasa bahagia dalam kehidupan. Sihat dan bahagia ni penting untuk seiring. Kalau orang sihat tak bahagia, jiwanya kosong. Kalau orang bahagia tak sihat, fizikal nya lemah. Tapi dalam banyak-banyak nikmat, tetaplah nikmat Iman dan Islam yang paling utama utk seorang muslim.

Dah berhabuk pulak blog ni. Maklumlah sejak operation tempohari, menaip adalah antara kerja yang susah.
Itu baru 'hilang' sebelah tangan sementara. Belum lagi Allah tarik nikmat lain.

Jadi jangan putus asa dalam menghitung nikmat Allah. Mari memotivasikan diri untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik. Baik dari sudut pekerjaannya dan paling penting dari sudut peranannya sebagai hamba Allah yg terbaik. barulah kita panggil Mukmin Professional!


"Hitunglah kesyukuran kamu, jangan hitung kesusahan kamu"






Nampak simple tapi dalam maknanya. Kenapa? Kita ni hamba Allah yang sangat kerdil. Sangat! Kalau nak dihitung nikmat yang Allah bagi, tak boleh ditulis dengan apa pun. Dari nikmat udara, nikmat fizikal yang sempurna, nikmat makan minum, nikmat berpakaian dan hatta nikmat untuk buang air sekalipun! (Cuba imagine kalau tak boleh &#*$ dalam masa berhari-hari, tak mau sakit jiwa dibuatnya?

"Dan seandainya apa yang ada dibumi daripada pohon-pohon dan pena dan laut (menjadi tinta) ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi), tidaklah akan habis (ditulis) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah adalah al-'Aziz (Maha Perkasa), lagi al-Hakim (Maha Bijaksana)." Surah Luqman ayat ke 27

Kita ni dalam hidup lebih banyak mengeluh sebenarnya

"Customer kurang la bulan ni"
"Tak cukup la duit nk buat beli biskut raya"
"Kereta aku ni buruk la, bile boleh tukar ni"
"Anak aku ni kenapa la kurus sangat"

Macam-macam la kita membebel. Tapi kita tak sedar ye, customer tu la yang Allah berikan untuk uji kita ni dah cukup usaha ke belum. Duit yang tak berapa ada tu, mungkin kita lupa nk bersihkan dengan berzakat, infaq dan sedekah. Kereta kita walaupun buruk, ada la jugak kereta. Tanya orang yang ade motor aje atau yang jalan kaki aje, kalau hujan ape die rasa? Anak kita walaupun kurus, ade jugak anak. Ce tanya orang yang bertahun-tahun cuba dapat anak tapi tak dapat, ape die rasa?

"Jika kamu bersyukur, maka Aku akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih" - Surah Ibrahim, ayat 7

Jadi saya mengingatkan diri sendiri dan yang lainnya, belajarlah bersyukur dalam hidup. Memang kita makhluk yang lemah, mesti ada tersasul2 tapi pintu taubat Allah tu luas. Cubalah kita sama-sama renung dan tengok, cukup bersyukur tak diri kita ni? Cukup tak?

hmm..

Tepuk dada, tanyalah iman

Love, 

Salwa

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment