Prasangka atau sudut pandang yang berbeza?

Assalamualaikum

Saya menulis dari tanah tumpah darah di selatan Perak. Seawal pagi semalam kami telah bergerak pulang ke kampung dan pemandangan kali ini tentunya berbeza dari perjalanan yang biasa.

Kemeriahan perang poster tentunya dirasakan walaupun saya secara peribadi kurang bersetuju dengan pembaziran yang berlaku dek kerana lambakan poster dan bendera.

Sewaktu saya mula menjejakkan kaki ke bumi Kiwi (baca: New Zealand), pilihanraya sedang rancak. Namun tiada kesemakan bendera parti disana sini. Poster dan kempen sangat minimal dan tidak membahayakan lalu lintas.

Sewaktu saya ke Bangkok pada penghujung 2007 juga seperti itu, Setiap parti diberikan poster yang standard. Setiap beberapa kilometer akan ada papan iklan kempen untuk calon parti dengan ukuran yang sama, tulisan yang sama dan warna yang sangat. Yang berbeza hanya muka calon yang bertanding dan bendera parti yang diwakili. Sangat bersih dan professional.

Eyh, saya bukan nak bercerita tentang ini sebenarnya.

Tentu wall dan tweeter anda penuh dengan cerita pilihanraya. Ada yang mungkin sedap didengar tak kurang juga yang lebih bersifat gossip. Namun, dalam kita tak sedar, kadang banyak perkara yang boleh menimbulkan prasangka.



Prasangka itu apa?

Menurut definisi dari kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, prasangka adalah anggapan buruk terhadap sesuatu sebelum mengetahui hal yang sebenarnya; syak.

Dalam bahasa Arab, terdapat satu perkataan yang menterjemahkan bersangka iaitu 'DZHAN'. Perkataan ini kemudiaanya berkembang kepada HUSNUDZHAN iaitu bersangka baik dan SU'UDZHAN iaitu bersangka buruk. Dan kita diajar dalam islam agar sentiasa bersangka baik hatta kepada haiwan sekalipun.

Dan ada apa dengan sudut pandang berbeza?

Ini berkait rapat dengan cara kita menterjemah sesuatu perkara berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan emosi peribadi yang akhirnya menghasilkan pelbagai sudut pandang walaupun perkara yang dilihat adalah sama.

Percayakah anda, dengan sudut pandang berbeza juga kita dapat menentukan pengakhiran kita dalam melihat sesuatu perkara dan menjadikan kita akhiranya sama ada bersangka baik atau bersangka buruk.

Sebagai contoh, pengalaman peribadi saya sendiri. Saya berprasangka yang kurang baik namun setelah dari dilihat dari sudut lain di masa yang lain, barulah saya faham dan kemudiannya mampu bersangka baik.

Contoh 1: Kucing

Sebelum - Ketika saya bujang dan makan di restoran, saya akan sedikit kecil hati dan marah jika ternampak keluarga yang menghalau kucing yang berkeliaran disekitar mereka. Apalah salahnya jika kucing itu menumpang makan
Selepas - Saya mempunyai anak yang alah kepada kucing. Restoran tanpa kucing adalah syarat utama tetapi kadang-kadang kucing muncul secara tiba-tiba. Mahu atau tidak, terpaksa saya halau kerana anak saya boleh dikejarkan ke Emergency Room hanya sebab kucing. Saya insafi bahawa mungkin keluarga yang saya pandang serong tindakannya menghadapi masalah yang sama!

Contoh 2: Menangis

Sebelum - Saya pelik melihat ibu bapa yang membiarkan anak mereka menangis merengek hendakkan permainan. Kenapa lah tidak dibelikan sahaja?
Selepas - Saya akan biarkan anak saya merengek sebab bola yang dia inginkan sudah 10 biji ada dirumah. Sudahlah membazir, diajar pula nanti dapat sesuatu dengan tangisan. So wrong! Jadi saya kini sangat memahami ibu bapa yang biarkan anak mereka menangis

Cukuplah dua contoh
Berbeza bukan?

Kerana kita ni namanya manusia, kita tentu tak terlepas dari berpransangka
Cubalah kita ubah dengan melihat dari sudut yang berbeza
Dan tentunya, jika ada ruang dan peluang, usahlah kita sendiri yang mengundang prasangka
Elakkan dari orang memandang serong sesetengah perbuatan kita.

Bagaimana?

Kalau dah anda dengan adik/abang anda berjumpa tapi berpelukan mesra, upload pula di FB dan Instagram, jangan salahkan orang jika mereka prasangka dan menegur anda. Itu memang mengundang tohmahan walaupun anda dengan muhrim anda.

Benar bukan?

Marilah bersama cuba untuk tidak berprasangka dan tidak membuatkan orang berprasangka dengan kita!

:)

Love,

Salwa



Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment