Tips play dough tahan lebih lama

Assalamualaikum

Terima kasih atas sambutan luar biasa untuk homemade play dough kami.
Memang terharu gitu!
Semoga ramai lagi yang dapat mencuba dan merasai keseronokan bermain play dough kami.

100% semulajadi, tanpa bahan kimia, selamat dimakan dan seronok dimain seisi keluarga!



Hari ini kami nak kongsi tips untuk play dough anda tahan lebih lama. Jika anda menggunakannya dengan baik dan cermat, play dough boleh tahan lebih dari setahun!

Jom kita amalkan:



  1. Elakkan play dough terdedah dalam jangka waktu yang terlalu lama
  2. Simpan dengan baik didalam bekas selepas main
  3. Jangan campurkan warna ketika menyimpan
  4. Jika bekas telah rosak, boleh gunakan plastik zip-lock bag untuk menyimpan
  5. Jika play dough mengeras, titikkan beberapa titis air dan uli semula. Play dough akan kembali lembut
  6. Jika play dough terlalu lembut, biarkan diluar bekas selama 2-3 jam sehingga play dough mengeras sedikit



Semoga tips ini dapat membantu mengekalkan jangka hayat play dough anda
Tapi secara peribadi, dengan anak-anak yang umurnya dibawah 5 tahun, anda mungkin perlu lebih bersabar kerana mereka mempunyai pelbagai perspesi lain tentang play dough

Imran dan I'jaaz contohnya, 4 bekas play dough bertahan selama 2 hari sahaja! :p

Apapun, selamat mencuba!

Love,

Salwa

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment