Ada apa dengan air-cond nih??

Assalamualaikum

Sekarang ni kalau pegi rumah mana-mana pun kebanyakkan nya dah ada penghawa dingin atau lebih ramai yang suka sebut air-cond. Lagi-lagi diiklim khatulistiwa (fuhh) macam negara kita ni. Peluh kalau di waktu tengahari tuh kalau perah mungkin boleh dibuat mop lantai rumah.

Kami pun sejak pindah ke DPP puasa yang lalu ada juga pasang cita-cita nak meletakkan air-cond di ruang tamu sebab rumah ni memang panasnya tahap yang agak luar biasa. Kurang pokok dan tingkap yang tidak memenuhi laluan udara mungkin sebab panasnya membahang.

Tapi, anak kami yang sulung, Imran, mempunyai masalah asma.
Kami pun dinasihatkan oleh beberapa rakan supaya tak pasang air-cond sebab nanti lagi teruk asma.
Sebab waktu tu 'busy' sangat bekerja, maka amik la bulat-bulat nasihat tu tanpa membuat kajian.

Imran masih juga ke hospital kadang-kadang
dan rumah pun masih panas membahang

Hinggalah bila dah jadi suri rumah tangga ni, makanya Emak pun membuat kajian sedikit.
Apa jenis jenis air-cond yang ada dipasaran

ooooooo.... ada yang dilengkapi sistem Ionizer, ada yang Dehumidifier, ada yang ada Inverter, ada yang Energy Saving, ada yang Green Earth dan macam-macam lah lagi.

Maknanya, kalau dah ada Ionizer, die memerangkap udara kotor dan melepaskan ion-ion negatif utk membersihkan udara dan membunuh kuman.

Wah..sesuai sangat utk orang asma nih.

Keyakinan Emak lagi bertambah apabila interview seorang tukang  ketika dia pasang ampaian rumah.

Encik A: Kak, anak saya pun asma jugak. Tapi pasang air-cond
Emak: Ye ke? Tak bahaya ke? Dia tak semput-semput ke?
Encik A: Ishh, takde lah kak. Sebenarnya lagi bagus kak.. Die sedut udara kotor.
Emak: Iye?? (Mulut sedikit menganga)
Encik A: Betul. Ce akak tengok kat hospital tuh. Mana ade pakai kipas? Semua pakai air-cond. sebab bersih. Kipas ni pusingkan habuk dengan debu.
Emak: Ha'ah la, ye tak ye jugak (lagi sedikit besar menganga)
Encik A: Jadi, akak pasanglah air-cond kak

Makanya Emak pun mencari-cari lah air-cond paling sesuai. Mula-mula nak amik Doctor Virus yang Panasonic punya, tapi asyik takde stok. Memang Allah nk rezekikan kot sebab jumpa yang lebih baik.
Setelah duit cukup dan dua minggu survey kedai-kedai elektrik, Sabtu lepas kami setuju nak ambil Sharp Plasma Cluster Ions setelah diyakinlah sales man tuh.







Sebab?

Sebab dia ni lain dari brand-brand yang ada function Ionizer tuh.
Bukan setakat ion negatif yang dilepaskan, tapi ion Positif juak!
Wahh, lagik teruja.
Pastu die cepat sejuk dan boleh hilangkan bau-bau yang tak diingini

Kemudian kami extend warranty sampai 5 tahun dan hari ini jam 3 tadi, dengan selamatnya terpasanglah air-cond dirumah kami.

Emak merenung ke arah air-cond dan berkata pada Ayah:

Emak: Rasa nk nangis
Ayah: Kenapa?
Emak: Tak sangka kan, dua bulan bermandi peluh buat play dough dengan jual vitamin, dapat beli nih.
Ayah: (Sambil senyum) Terima kasih Emak..

Inilah yang paling bermakna sebenarnya. Kami tak guna duit savings lansung. Semua adalah hasil jualan. Mungkin bagi sesetengah orang, apa la sangat harga air-cond tuh. Tapi kalau duit tu datang dari usaha keras, mungkin dapat rasa kot betapa bangganya waktu tuh.

Sebab tu rasa macam nak nangis..sob sob sob


Anyways, sesape yang ade asma atau anak ade asma, boleh la try.

Ni la rupanya air-cond kami yang dh siap dipasang.







Comel tak? Comel tak?

Love,

Salwa









Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment