Assalamualaikum
Pagi ini ketika saya dalam rutin harian meneliti akhbar online, mata saya tertumpu pada satu berita yang penting. Mungkin ramai juga yang telah membacanya
Yang dilaporkan media ini (atau tepat kalau dipanggil Tabloid) adalah suatu perkara yang tidak asing. Kehadiran orang ketiga dalam sesebuah institusi, tidak kisahlah rumahtangga, pejabat, komuniti atau organisasi kadang memberikan impak yang kurang menyenangkan. Entri kali ini saya ingin juruskan kepada kehadiran mereka ini dalam sebuah keluarga.
HUKUM Orang Ketiga
Mungkin akta kali ini hanya melibatkan mereka yang melarikan perempuan bersuami atau mereka yang menghalang pasangan suami isteri tinggal bersama. Tetapi tidak mustahil pada suatu masa ini Akta ini mungkin berkembang untuk mencakupi insan-insan pengganggu rumah tangga.
Cuba lihat rasionalnya apabila instusi kekeluargaan yang berantakan kerana mereka
Orang yang telah berkahwin berbelas tahun, anak berderet, sudah mempunyai pendapatan dan kerjaya stabil tetapi bercakaran apabila sikepala keluarga menyulam cinta dengan gadis lebih muda.
Bagaimana pula dengan ibu yang sibuk bekerjaya dan kemudiannya tersangkut dengan cinta duitan dari ketua jabatan?
Bolehkah mereka ini disalahkan juga?
It takes two to tango
Yes. Cuma keadaan dapat diselamatkan kalau ada langkah pencegahan. Cuma kawan; api cinta bila terbakar dihati, asapnya mengelabui bukan sahaja mata, hati malah talian darah pun kadang diketepi!
Cakap emak abah tak dihiraukan, baik buruk semua jadi perkara sambilan, dek harta dan cinta yang berkoyan-koyan. Cuba kalau tak berharta, ada hati mahu pasang dua?
Ini bukan isu poligami yang dimanipulasi.
Poligami itu sunnah malah amat digalakkan dalam sesetengah kes terutama untuk membela wanita tunggal dan mangsa perang.
Tapi sayang, poligami lebih kearah polemik
Yang tidak mampu, yakin sangat mampu
Yang tidak mendapat restu, yakin suatu hari org lain bersetuju
Yang tidak punya masa, ingat mereka dapat ubah dunia
Yakinlah, poligami sunnah dan tidak wajar mengenepikan yang wajib (seperti mematuhi cakap orang tua) kerana mahu laksanakan sunnah
Saya tersenyum mengingat ungkapan dalam filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Seniman Bujang Lapok:
"Oh, kalau bab berbini mau ikut hukum agama, kenapa tak mahu ikut hukum kalau sembahyang,puasa, bayar zakat? Patutnya kau mati ditembak dengan senapang gajah"
Jangan jadi macam ni sudahlah!
Love,
Salwa
Popular Posts
-
♪BELAJAR BAHASA ARAB♪ terima kasih - syukran (شكرًا ) sama sama - afwan ( عفواً ) saya minta maaf - aseef (asif) ( آسف ) baiklah - h...
-
Assalamualaikum wbt Post ini saya telah lama 'hutang' dengan beberapa rakan yang kerap bertanya bagaimana saya berpantang selepas ...
-
Assalamualaikum wbt Tuan, Saya mewakili ibu bapa, mak ayah, atok opah dan semua org nk ucap terima kasih kepada tuan yang terutamanya ke...
-
Assalamualaikum wbt Sebenarnya saya sedikit kesal dengan kebanyakan pengguna internet yang suka menyebarkan maklumat tanpa diselidiki terl...
-
Assalamualaikum wbt Biasa tak korang confuse dan pakai ayat-ayat mcm "pkl 1 petang karang kita jumpe tau" atau &...

Teng terereng teng teng..
ReplyDeleteBetulllllll
ReplyDelete