Diary WAHM W2D5: Ruginye kamu berenti kerja

Assalamualaikum wbt

Selamat kembali ke rumah masing-masing diucapkan. Kepada yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, bawa-bawalah bersabar. Mungkin boleh cuba hafal Quran ke, dengar zikir ke, baca blog ni ke. Hehehe

Well, blog ni agak lama tidak berupdate sebab tuannya juga pulang ke kampung.
Hari jumaat, selepas jumaat, kami sekeluarga bergerak balik ke Diamond Bay a.k.a Teluk Anson.
Hari Sabtu pula ade kenduri sepupu di Marina Bay, Teluk Batik.
Hari Ahad kenduri jiran dekat rumah

Oleh kerana faktor kekurangan akses internet di kampung, mereka kebanyakkan nye tak dapat lah nk baca blog saya dan membaca entry Farewell message to PETRONAS.

Jadi, saya memang telah bersedia dengan soalan-soalan cepu emas seperti:

"Dengar cerita dah berenti kerja, betul ke?"
"Kenapa kamu berenti ni?"
"Kamu nak buat ape kat rumah nanti?"
"Kamu nak cari tempat kerja lain ke?"
"Bagaimanakah situasi ekonomi anda sekeluarga selepas mengambil kira kadar inflasi dan kekurangan pendapatan seisi rumah? Adakah anda layak memohon bantuan BR1M?"

Selain dari soalan terakhir yang agak poyo disitu, soalan yang lain semua memang betul-betul ditanyakan.

Makanya, saya mengambil langkah mengaplikasikan teknik 1,2,3
Apakah teknik 1,2,3?

Berikut adalah contohnya

Puan A telah bertanyakan saya soalan-soalan ini:

Puan A: Betul ke kamu dah berenti keje
Saya: Ha'ah
Puan A: Kenapa kamu berenti? Rugilah muda muda dah berenti kerja
Saya: Dah boring
Puan A: Abis kamu nk buat apa kat rumah?
Saya: Makan, tido. Hehehe

Soalan tamat

Berkesan kan? Bila kita jawap sepatah, pastu dua patah dan tiga patah, orang pun malas nk tanya banyak sangat. Bijak, bijak



Berbalik kepada persoalan rugi atau tidaknya saya berhenti kerja, itu subjektif.
Maka hasil jawapan dan juga cara menjawap adalah subjektif bergantung kepada si penjawap
Nilai yang ada dalam setiap tindakan mungkin susah untuk dihitung jika orang lain tidak berada disituasi yang sama




Bagi saya,

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakal" - Surah at-taubah:129

Ok lah, anak kedua saya sedang merengek minta disusukan. Nak tido dah dia.
Sesiapa yang berhasrat nak tempah Shaklee, sila beritahu ye.

Jumpa lagi in sya Allah!

:)





Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment