Review filem Pusaka : Plot twist memang power!

Assalamualaikum wbt

Semalam dah keluar satu lagi filem seram yang
Saya ingat lagi waktu keluar dengan husband saya, tengok filem Maleficient 2 harituh, ternampak poster filem Pusaka ni, then dia cakap, eh orang kata best!

Aik, sejak bila pulak dia ni care? Hahaha. Saya buat carian. Alamak, penerbit sama dengan Dukun haritu. Saya tak la berapa nak enjoy Dukun. So saya keep in the list je lah. But tetiba hari ni tadi rasanya nak jugak la spent time tengok. Otak dah tepu buat kerja. So nak kasi relax.

So saya search Official Trailer Filem Pusaka.

Wow, not bad at all. Ce tengok kat link bawah ni:





Then saya pergi
Ok, ini review saya tentang Filem Pusaka. Jangan risau, as usual takde spoiler.


1. SINOPSIS FILEM PUSAKA



Inspektor Nuar lakonan Syafiq Kyle baru je pindah pi Kedah pasai dia nak dekat sikit dengan kembar dia Nur (eh eh eh macam Nur Ustaz Adam) lakonan makwe dia, Mimie Lana. Nur ni terjebak dengan dadah so asyik keluar masuk pusat pemulihan.

Nak dijadikan cerita, baru je start keje udah dapat satu kes berat bila dia pergi ke satu rumah terbiar kerana ada orang buat panggilan aduan kes bunuh. Di situlah bermulanya misteri demi misteri bila salah seorang pasangan kembar yang juga anak jutawan kuari kat situ ditemui sudah mati beberapa hari.

Jeng Jeng Jeng. 





2. PLOT


Kalau korang bese baca review saya, memang saya sangat tekan kan bab plot ni. Macam nyawa filem jugak lah. Untuk filem Pusaka ni, plot ringkas permulaannya. Nampak macam OK lah. Lepas tu jadi makin saspen. Uniknya cerita ni, selain korang rasa suspen, korang boleh rasa geram, sakit hati, sedih dan boleh jugak ketawa kuat! Dia punya saspen korang tak rasa pun dah sejam lebih. Hahhaha. Macam, eh habis dah eh? 

Then kengkonon saya dari awal perhatikan setiap babak supaya tak termiss dan dapat tangkap 'pelaku' sebenar. Majoriti babak dia memang sangat perlu dan ada relation. Dia punya plot twist, mak aih, lain macam. Saya harus mengaku yang saya ada la dah bajet dua orang ni mesti 'suspek utama' nih, yang saya rasa tu dua-dua lelaki tau! Waktu tu perasan pandai gila la konon terer sekali hampeh. Salah sama sekali!

Hahahha. Good job pengarah dan penulis skrip. 
Memang cool. Cuma ending tu kalau kemas sikit pun OK kot. Sikit je lagi. Sebab rasa kurang umphh plak 5 minit terakhir tu.


3. LAKONAN


Okeh. Yang ni I ols kene bagi 5 Bintang penuh kepada pelakon semua terutama adik Capik kita. Fuhhhh tak sama langsung dengan Ustaz Adam okeh! Saya tak boleh komen lebih sebab itulah watak dia yang paling menonjol selepas Tanah Kubur dulu. Hehehe. Tapi Inspektor Nuar berjaya dihidupkan sepenuhnya. Mantap, beremosi, raut wajah, gaya bahasa tu uh, ehhh semua lengkaplahhhh.


Inspektor Nuar bukan sekadar hensem. Penjiwaan memang menjadi!!!

Yg pelakon lain pun cukup rencah serba serbi. Kak Ogy kita pun just nice je tak over ke ape ke walaupun dia kata first time lepas 40 taun dia berlakon filem seram. Oh ye, Faizal Hussein punya lakonan memang ok, gaya dia la kan tapi dia cakap loghat utara tu berapa nak kena. Tak macam watak tambahan polis orang Perak tu. Watak tu akan buat korang rasa lega sikit, hehehehe. Sebbaik dia ada tau!

Cuma, if Sweet Qismina lebih menghayati dan up sikit mutu Lakonan, sikit je lagi, Haa kira lengkap lah. Oh satu lg, watak sepupu Qistina tuh, aiseyh. Takpelah. Pelakon baru. Boleh cuba lagi lepas ni dik.


4. CINEMATOGRAPHY



Kalau korang pernah tengok Dukun, haa that kind of creepy, suram, dull macam takde orang lain hidup dimuka bumi. Gitu lah lebih kurang. Tapi kan, semua filem seram pun macam gitu la kan kan?

Hero berani masuk sensorang, takde angin takde pasal tetiba ade ribut asap bagai. Standard la kan. Kadang rasa apsal la kena macam tu.  Pastu macam takde orang lain hidup di tempat tu. Eh ni silap komen dah. Ok berbalik kepada shooting tadi tu, yeah, waktu siang pun dalam filem ni boleh jadi thrill gitu.


review filem pusaka, filem pusaka, filem pusaka review, filem pusaka sinopsis, filem pusaka pontianak, pelakon filem pusaka, sinopsis filem pusaka, pusaka movie

5. REVIEW TAMBAHAN



Korang akan ada terkejut untuk beberapa scenes sebab scare jump dia boleh tahan jugak la cuma saya rasa banyak sangat. Ce jangan banyak sangat. Ade dua kali la yang terjerit. Belum pernah jadi lagi saya jerit walaupun macam filem munafik sekali pun. Yang ni terer dia main angle. Mamat lelaki sebelah tu siap terkekek gelak kan saya. Eleh, dia pun terkejut sebenarnya tuh.

Pastu sila la pay attention dengan bunyi guli. Tagline dia kan, #diadahdatang so korang kengkonon boleh bajet la nak prepare apa jadi next, kadang tu betoi tp besenya tak hahahahahaha. Tu yang siap terjerit bagai tu.


RUMUSAN



Haa pegi la. Berbaloi la kalau nak tengok. Hmmm 8/10 I ols bagi. Kalau ending kemas tuh, mmg dh dpt 9 dah...

Sekian,

Emak yang buat buat tak takut

Salwa Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment