Filem Tiada Tajuk: Berkesankah dakwah santai?

Assalamualaikum wbt

Hari ini, 4 April, naskah sulung arahan Mawi akan mula berada di pawagam. Lama dia tulis skrip dan arahkan Filem Tiada Tajuk ni. Sejak 5 tahun lepas.
Dan memang tukar judul filem menjadi Tiada Tajuk. Apa istimewanya bila tak ada tajuk? Sebab nanti penonton yang boleh cipta tajuk. Hadiahnya lumayan tau. Sesiapa yang ada tiket wayang, dan masuk contest boleh berpeluang menang kereta, motor dan pakej umrah/percutian.

review filem tiada tajuk, filem tiada tajuk trailer, trailer filem tiada tajuk, filem tiada tajuk review, filem tiada tajuk, tiada tajuk film, tiada tajuk, tanpa tajuk, filem tanpa tajuk, tarikh tayangan filem tiada tajuk
Saya mendapat jemputan hadir ke Malam Gala Tayangan Filem Tiada Tajuk di e-Curve Kota Damansara

Boleh tonton Official Trailer Filem Tiada Tajuk di sini:


Ok, mari kita bercerita tentang filem ni.

1. Plot

Bagi saya susunan ceritanya simple, bersahaja, straight forward dan senang difahami. Jika anda tidak suka cerita berbelit dan masuk wayang untuk rileks, memang sangat sesuai lah untuk datang tengok. Pun begitu, tetap ada adegan-adegan yang melucukan, menyeramkan, buat kita rasa sentap dan banyaknya sebenarnya menayangkan realiti hidup yang sebenar. Cuma kurangnya adalah di akhir filem, saya merasakan endingnya tidak solid. Seperti tergesa-gesa ditamatkan begitu.

2. Watak dalam filem Tiada Tajuk

Kata Mawi waktu menulis skrip pun dia dah bayangkan pelakon-pelakonnya. 90% dapat pelakon yang dia nak. Menurut saya, memang sesuai sebab nampak natural. Tak ada watak yang overshadow watak lain. Bermula dengan kisah sebuah kampung dikembangkan ke bandar dengan watak-watak kesemuanya masuk pada masa 'tepat' dan tak bercelaru. Watak paling perlu diberi perhatian adalah Bo. Kenapa? Lihat point 3. Kalau watak paling cool kalau bagi saya, jenazah di surau. Tak percaya, pergi tengok dan balik nanti komen sini semula. Hehehhe

3. Skrip
Di sinilah bagi saya datangnya aura filem ini. Meskipun plotnya ringkas, pengisian yang diletakkan ada makna-makna yang cuba disampaikan. Meski ada dialognya sudah kita lihat atau baca di whatsapp dan social media, di dalam filem ini diberi sentuhan semula dan menjadi. Bo bagi saya adalah antara tunjang kepada dakwah dalam filem ini. Dialog yang diucap, meskipun agak tinggi laras bahasanya tetapi itulah yang sering buat kita bertanya, adakah kita pun serupa?

"Kiamat sudah dekat! Mustahil makin jauh!"


Review Filem Tiada Tajuk, Filem Tiada Tajuk, Pengarah Tiada Tajuk
Bersama dengan Mawi, pengarah Filem Tiada Tajuk, isteri beliau Ekin dan rakan blogger, Puan Suraya

4. Cinematography

Saya bukan pandai sangat. Apatah lagi bukannya banyak movie saya lihat. Tetap juga satu perkara yang saya perasan, angle camera nya ohsem. Berbeza dan kualitinya pun berbeza. Macam super HD gitu. Tak tahulah camera apa dipakai krew. Transition babak ke babak lain juga mostly smooth. Macam real sahaja watak di depan mata. Rasa dekat

5. Mesej filem Tiada Tajuk?

Bagi saya jika melihat movie ini hanya untuk ketawa, gagal lah kita mencari kebaikannya. Dalam hal ini, saya rasa akan ada pelbagai resepsi. Mereka yang dapat menangkap maksudnya, akan merasa perlu ada sesuatu untuk dilakukan supaya kita bersedia dengan kematian yang entah bila. Namun boleh jadi juga, ramai yang sedar mesej-mesej yang disampaikan disebalik kata lawak jenaka, sinis dan dialog nasihat; namun memilih tidak berbuat apa-apa kerana merasa diri ok sahaja.

Antara babak yang bagi saya sangat menarik dalam filem Tiada Tajuk
Akhirnya berbalik juga kepada diri sendiri
Bagi saya ianya satu percubaan dakwah yang berani dan menjadi.

Jika tonton mungkin akan dapat pengajaran
Jika tak tonton, memang tak dapat apa yang disampaikan!

Saya beri 7.5/10 kepada filem Tiada Tajuk!

Salwa Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment