Projek 4: Misi Kembara Sayangi Negara!

Assalamualaikum wbt
Pernah tak pergi 4 negara dalam masa lebih kurang 4 jam sahaja? Haaa unik kan? Hehehhe. Minggu lepas bila Emak upload video misi KSN ni, ramai betul teruja dan excited lepas tu mintak Emak buatkan jadi modul. Wah, doa la Emak jadi rajin ye.


Siapa yang nak tengok video tu, boleh tengok kt sini: Video Misi KSN
So basically kembara ni bermula dari Istana Negara (lama) menuju Tugu Negara, kemudian ke Muzium Negara dan akhirnya Masjid Negara. Fokus utama adalah untuk mereka beraktiviti ala-ala treasure hunt bagi mengasah skill, dan rasa fun disamping memperkenalkan monumen kebangsaan pada diorang.

Lebih thrill sebab kene kumpul 50 points sepanjang misi untuk melayakkan mereka menebus beg sekolah! Haaaa mesti la kene lengkapkan misi kan?

Gambar-gambar ni boleh lah rujuk untuk u ols buat misi masing-masing. Overall memang seronok la cuma penat sebab panas dan bawak dua orang adik kecik. So macam-macam ragam. Mulanya memang cadang Emak yg bawak mereka berdua je, tapi semangat kekeluargaan lebih utama. Hehehe. So angkut je lah semua.
Matlamat: Nak tebus beg sekolah!

Di Tugu Negara

Mula-mula mendung lepas tu panaaaasss

Menjawap soalan

Soalan untuk Tugu Negara

Haa tau tak Tugu Negara pernah kene letup? Hehehe

Ni dah sampai kt Muzium Negara pulak

Ayah menerangkan tentang zaman-zaman dulu

Habis floor 1, rehat dulu. Jawap kuiz sifir

Soalan Muzium Negara

Senang aje depa cari pasu nih. Isyk isssykkk

Time Out: Ingat tak sifir semua?

Muka lebih bercahaya lepas solat Zuhur hahahahha

Soalan tambahan. Adakah Emak kelihatan gemuk?

Soalan Masjid Negara

Yang kapasiti tu diorang tanya Pak Guard

Suai padan gambar

Imran nak lukis logo ATM sebenarnya tapi tak sempat dan tak pandai katanya

I'jaaz macam buat 3D plak.

Yang last sekali tu tak tahaaaaan

Tapi ini paling WIN. Nampak tak nampak tak?

Akhirnya selepas tamat semua, dapatlah tebus beg dengan points terkumpul sebanyak 58 points. Beg diambil di rumah mak ngah di hujung misi.



Tapi kan korang kene tgk page paling last; where we want to travel yg tuh. Kelakar sangat! Hahaha
So, ape pulak projek menjelang nak bukak sekolah nanti?
Tungggguuu

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment