7 tempat paling berPUAKA di Malaysia

Assalamualaikum wbt semua

Haa, bukan senang Salwasaleh nak tulis pasal cerita-cerita macam ni kan? Ni kali, memang kene tulis sebab dah banyak kali terkena dengan tempat #1 tu. Tak percaya?

Scroll bawah!!



Tempat berhantu di Malaysia #7: VILLA NABILA


Terletak di Bukit Serene, Johor. Banyak rumah-rumah besar yang ditinggalkan di sana tetapi Villa Nabila paling popular. Ada banyak sangat versi tentang Villa Nabila ni.

Ada 6 semuanya. Salah satunya adalah kononnya terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. 

Selebihnya korang cari sendiri la ye. Oh, ada filem tempatan yang cerita pasal ni. Nama filem tu Villa Nabila. Tahun 2015. Saya tak pernah tengok



Tempat berhantu di Malaysia #6: HIGHLAND TOWERS


Ni tak perlu diceritakan panjang lebar. Salah satu 'port' paling glamour di kalangan penggiat aktiviti paranormal. Macam-macam dokumentari juga pasa Highlind Towers ni. Dengarnya banyak juga penagih dadah jadikan markas sebab orang tak berani nak ke sana dan kacau mereka. Wallahu'alam



Tempat berhantu di Malaysia #5: KARAK HIGHWAY


Ni saya pernah lalu beberapa kali dan tak ada kejadiaan tak diingini. Harapnya kekal sampai begitulah. 

Cerita paling famous di lebuhraya karak adalah Volkswagen Kuning. Selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak. Kereta tu akan potong kereta korang ,dan selepas itu dia akan bawa perlahan. Korang potong dia. Sekali kat depan dia ada balik. Berkali-kali macam tu la. Paling ohsem sebab dalam kereta tu takde orang pun!

Tahun 2011 KRU buat filem pasal Karak. Shahir AF berlakon kot. dengarnya untung 4 juta. Ok la tu. Saya? Tak tengok citer tu.




Tempat berhantu di Malaysia #4:  KELLIES CASTLE


Walaupun jaraknya dengan rumah di kampung saya dekat, tapi belum pernah pulak pergi. Nanti nak pergi la jugak. 

Istana Kellie atau Kellie’s Castle berusia 107, istana lama yang mulai dibina pada tahun 1905 . Jika mahu disingkap sejarah pembinaanya, ramai yang menyatakan Istana Kellie itu ibarat Taj Mahal Malaysia, kerana dibuat William Kellie Smith demi kecintaan kepada isteri beliau, Agnes.

Sayangnya banyak masalah sampai terbengkalai. Misterinya sebab ada terowong rahsia, ada bayang-bayang la. ada puntianak la. macam-macam la orang nampak.

Oh ye, filem Munafik 2 (tak sabar nak tengok) pun shooting kat sini tapi dengarnya diorang shooting time bulan puasa. Hehehehe. Pandai eh strategy




Tempat berhantu di Malaysia #3: PENJARA PUDU


Bukan rahsia juga bahawa penjara berhantu terdapat di serata dunia. Antaranya termasuklah Penjara Pudu.Pada dinding Penjara Pudu diceritakan terdapat sebuah lukisan potret seorang wanita. Ia dilukis oleh seorang banduan semasa menunggu menjelangnya saat dia digantung hingga mati.

Misterinya ialah, lukisan wajahnya itu bercahaya di dalam gelap. Walaupun lampu di dalam bilik akhir itu tidak berfungsi lagi namun lukisan itu tetap `menyala’ seolah-olah ia sentiasa hidup. Dikatakan juga lukisan itu akan `menangis’ setiap kali ada banduan yang digantung.

Seorang Pensyarah fotografi Jabatan Fotografi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, pernah bermalam selama enam bulan di Penjara Pudu untuk menghasilkan tesis bertajuk Pudu Jail’s Graffity. Sewaktu menjalankan kajiannya, dia telah merakam imej aneh satu garisan cahaya yang panjang dan melengkung di bilik gantung dia. Aneh, kerana cahaya mustahil dapat dilengkungkan.

Adakah ia berlaku akibat masalah atau kerosakan pada peralatan yang digunakannya? Tidak.Selepas diperiksa,pensyarah berkenaan tidak menemui sebarang kesilapan pada kamera atau dalam proses mencuci gambar.Sepanjang enam bulan bermalam di Penjara Pudu juga pensyarah berkenaan mendengar pelbagai bunyi pelik. Pernah dia berasa kepalanya diketuk sebanyak tiga kalisewaktu menunggu masa yang sesuai untuk merakam gambar.

Ternampak bayang-bayang aneh sudah menjadi biasa sangat baginya. Begitu juga suara jeritan yang bergema. Pensyarah itu turut mendengar bunyi seperti paluan beduk dan kakinya dipeluk sesuatu ketika hendak memasuki bilik mayat. Warden-warden Penjara Pudu dikatakan sudah lali dengan gangguan-gangguan yang berlaku, khususnya pada waktu malam. Antaranya, kerusi di dalam pondok kawalan terbang keluar seolah-olah dicampak oleh seseorang, walhal pada masa itu tiada siapa di dalamnya.

© Utusan Melayu (M) Bhd


Tempat berhantu di Malaysia #2: AMBER COURT


Orang kata banyak yang kalah judi mati bunuh diri dalam hotel ni. Entahlah. Tapi ada satu produksi buat movie pasal Amber Court. Tahun 2017 diorang release. Katanya kat Malaysia tak famous cerita tu. Haunted Hotel. Tapi meletop letop di CHina.



Tempat PALING PUAKA dan BERHANTU di Malaysia #1: KEDAI ECO!


Yaaaa ampunnnnnn!!!!

Inilah tempat paling berpuaka di Malaysia!!!! 
Ada yang pandangan dihijab sampai tak jumpa jalan keluar
Ada yang dihantui sehingga sebut nama pun tak boleh
Ada yang tiba-tiba daripada elok molek anak nya jadi histeria

Saya tak tahulah apa SAKA yang diorang tanam dekat sini tapi setiap kali pergi, akan diHANTUI dengan semangat mengambil barang tak berhenti-henti!!

Konon masuk nak beli penyapu SAHAJA, keluar bawak 4 5 beg penuh barang ntah hape-hape. Dulu kalau balik kampung je kena singgah. Habis dekat 100 kadang tu.

Sekarang dia bukak pulak dah kat Bandar Baru Bangi. Denggg!!!! Tiap minggu ade je mende nak dicari kat sini.

Puaka
Serius memang berpuaka!



Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment