Man LEBAH - Pencari madu yang JUJUR

Assalamualaikum wbt

Malam tadi, saya sempat melihat separuh dari rancangan Majalah Tiga. First half tu adalah dokumentari perjalanan pengutip madu lebah Tualang. Dari situ saya kenal seseorang yang bernama Man Lebah. Beliau dan beberapa orang di dalam teamnya bekerja mencari madu lebah Tualang di dalam hutan.

Tutur katanya begitu tersusun dan sopan. Menampakkan kearifan dan handalnya beliau dalam bidang ini.

man lebah, madu tualang man lebah, man lebah madu tualang, madu tualang asli, madu tualang, madu asli, madu tualang ori, madu tualang original, madu original, madu asli hutan

Menurutnya, ada beberapa pohon yang akan dipilih lebah untuk membuat sarang dan Tualang hanyalah salah satu daripadanya. Dalam rakaman semalam, Man Lebah memilih untuk memanjat pohon Nyatoh yang amat tinggi anggaran bangunan 15 tingkat untuk mengambil madu.

Boleh lihat video ini untuk merasakan sendiri betapa tingginya sarang lebah di satu satu pokok. Gayat!

Jarak perjalanan kereta ke dalam hutan pun tak dekat. Kena pula hiking 45 minit. Dengan bantuan 2 3 orang pembantu, Man Lebah memanjat sambil memaku paku setebal 7 inci dengan lebar 6 hingga 8 mm untuk dicangkuk tali keselamatan yang boleh menampung berat badannya sekitar 70kg.

Katanya 25 tahun lepas, pakciknya sendiri menemui ajal ketika mengutip madu kerana lost grip. waktu tu tak ada safety equiptment seperti yang dipakai sekarang. Pun begitu di atas sana jika angin kuat, Man Lebah akan berengsot ke dahan besar untuk berpaut.

Satu pokok ada beberapa sarang. Kene berstartegi sebelum memanjat dan communication dengan orang di bawah kena clear. Tong di bawa naik menggunakan tali dan sarang dipotong hanya dibahagian hujung yang penuh madu, supaya sarang dapat dibaiki semula oleh lebah dan dapat harvest madunya next season pula.

Menariknya!

Tapi part paling menarik adalah bila ditanya wartawan, bagaiman nak bezakan madu asli dan madu tiruan, jawapan Man Lebah straight...

"Entahlah. Susah sebenarnya. Saya pun tak tahu"

Bayangkan yang bercakap tu orang yang jejak, panjat, kutip, proses madu berpuluh tahun tau!

Man Lebah kemudiannya menyambung. Katanya walaupun ada video dan macam-macam tips disogokkan, sebenarnya tak tepat kerana kualiti madu lebah bergantung pada persekitarannya. Ada lebah buat sarang di hutan, di rumah, di taman. Yang disedut sumber berlainan. Di hutan pun ikut ketinggian altitude. Ikut suhu pulak. Ikut cara mana pula diproses. Kalau madu terendam lama dalam sarang lepas sarang dipotong, rasanya akan bertukar jadi masam.
Sebab tu warna madu lain-lain, rasa berlainan, tekstur berlainan.

Saya rasa sungguh tertarik dengan kejujuran Man Lebah. Bukan calang-calang orangnya tapi masih bagi jawapan yang jujur. Bukan baru setahun jagung menjual madu sudah pandai kondem madu hasil jualan orang lain. Jika berminat, boleh lah membeli madu beliau di Madu Tualang Asli

Mungkin itulah yang saya cuba katakan kepada client juga. Bila ada client mahukan fast return bila buat blog, memang macam mimpi. Saya pula akan katakan yang sepatutnya. Blog ini mesti ada komitmen dan rajin menulis. Kalau tak sia-sia la buat. Tapi kalau buat dengan baik dan bersungguh, returnnya sangat menguntungkan.

Dan blog sekarang sudah kembali trending. Ramai buat sebab carian Google makin banyak digunapakai customer.

Sebab itu bila sekarang saya offer buat blog dan MAKEOVER BLOG dengan harga tak masuk akal di bawah 5 ratus, siap 2 kali bayar; sungguh rugi siapa tak grab... hehehehe. Limited spot. Very limited.

Contoh-contoh MakeOver boleh lihat di sini:

Berminat? Klik sini:



Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment