KUDAPAN untuk bayi yang HALAL dan ORGANIK

Assalamualaikum wbt

Since ramai yang masih tertanya apa kudapan yang sesuai untuk anak especially kudapan untuk bayi 6 bulan ke atas, makanya saya nak share lah sikit tips dan senarai kudapan yang saya dah cari-cari di pasaran yang sesuai kandungannya dan halal pulak.

Tengok gambar ni kan, rambang mataaaaa.
makanan bayi, makanan bayi 7 bulan, makanan bayi 8 bulan, makanan bayi 10 bulan, makanan baby, makanan ringan bayi, makanan ringan bayi 1 tahun, makanan ringan bayi 9 bulan, makanan untuk bayi 1 tahun, kudapan untuk bayi, kudapan untuk anak, kudapan untuk bayi 9 bulan, kudapan untuk bayi 11 bulan

Gambo ni saya amik di kedai Manjaku. Segala mak nek kudapan boleh di beli. Again, ianya kudapan. Dan pastinya kene tengok senarai bahan dan logo HALAL. Yang saya senaraikan kat entry ni semua lulus kriteria.

Tapi sebelum tu, first of all, baby tu at least kene la 6 bulan ke atas ye. Jangan pula baru habis pantang udah nak sumbat macam-macam. Karang sakit dia. Tak sesuai sangaaaattt.
Keduanya, ini namanya kudap-kudap. Bukan makanan asasi. Okeh? Karang salah faham, dok bagi hat ni je. Makanan rasmi yang meals biasa yang kita dok bagi. Macam bubur, pasta dah blend, kanji, nasi lenyek penyek, puree. Senang je buat homemade ni. 

Boleh rujuk kat sini: CARA BUAT HOMEMADE BABY FOOD
Ketiganya, ini bukan pengganti susu ibu or fm. Susu bagi je macam biasa. Ini hanya kudapan yang buat manja-manja gitu. Anak-anak saya suka belaka tapi entry ni saya fokus kegemaran Iyaad lah ye since dia baby paling latest (and paling last kot hahahahha)

Orait.

Iyaad sangat suka rice crackers. Kudap takde gigi pun boleh sebab senang dissolve dalam ayo lior dia tu. Bagus juga jadi teething punya 'alatan' sbb hat ni boleh makan hahahha.


 Ketika Emak merasa kaya raya (hah) makanya akan beli yang Organic macam gambar atastu. Ni jenama Apple Monkey. Kalau beli RM20 macam tu la. Emak beli online kt Signature Market kadang ada offer jd RM18.90. Tapi diorang cakap kt Jaya Grocer Rm12.90 aje. Hahaha, kene cari nih

Sama harga jugak lebih kurang dgn Organic Happy baby Teethers tu. Yang kotak kuning ni. Dia ada macam-macam perisa.
Tapi sebab Iyaad memang suka.. 3 4 hari dah selamat kotak so ketika sengkek (macam sekarang..ehem) Emak akan beli yang Baby Bites je. Tak organik tapi ok lah. No gluten, no Milk, no Preservatives dan semua yang Emak no no no kan dia lulus. Hat ni RM6.90 aje. Kompem mampu milik u olsss.
Pastu Iyaad suka juga Organic Puffs. Takat ni dah berbalang beli. Pumpkin banana warna yellow. Brocolli dan green veges warna hijo. Purple carrot blueberry warna ungu tapi paling Iyaad suka macam dalam gambo tu. Merah. Ada strawbery dan beetroot. Hat ni kalau kat Jaya Grocer dalam RM23 gitu. Kene cari bahagian Organic items. Jangan cari bahagian baby. Kalau kat Manjaku ikut nasib. Kadang RM19.90 pun dapat.

Baby puffs, rings, cereal etc lain tu kene tengok kesesuian usia. Ada di letak kt belah kanan bungkusan. So far tak beli lagi untuk Iyaad sebab dia still 8 bulan je. Nanti dah 9 bulan ke atas ada beberapa lagi options lagi boleh add.
Kenapa takde Milna or Heinz dalam gambar?
Milna paling senang la nak bancuh in case lupa masak bubut ke. Tapi ada milk dan iyaad allergy milk. So big no. Bagus gak la sebab Milna ni kalau makan ya ampun comotnya kene pakai 15 bibs hahahahha. Heinz teething plak Iyaad tak suka. Natural or Choc ke ape ke dia takmo. So ok lah. Layan.

Ade sekali tu kelakar la jugak. Emak suruh Ayah amik kat rak. Dia salah amik biskut. Kebetulan ada seorang ayah lagi tengah amik biskut yang salah tu jugak. Emak cakap eh jangan amik jenama tu, itu kandungan sodium dia tinggi bla bla bla..amik yang tepi satu lagi tu. Lepas kitorang tolak troli, Emak pusing belakang tengok orang tu letak balik kotak dan amik macam yang kitorang amik. Adoiiii


Ok la. Sekian bawang hari ni
I ols nak sambung kemas umah
Monday blues not applicable

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment