Ceramah motivasi di Sekolah Raja Perempuan Ta'ayah

Assalamualaikum wbt

Pada 3 Februari lalu, saya pulang kembali ke pangkuan Sekolah Raja Perempuan Taayah atau dikenali juga sebagai SERATA yang terletak di Ipoh. Sudah lama juga permintaan untuk saya beri motivasi di sekolah saya ini. Hujung tahun lepas Ustazah Rozaidah Mohd Radzi menghubungi dan saya terima dengan senang hati.

"Akak bersekolah di SERATA tahun 1997. Adik-adik umur berapa tahun tu?"

Saya memulakan sesi. Namun seluruh dewan menjawab,

BELUM LAHIR LAGI....

Oh. Tua betul rasanya! Nak tukar jadi makcik tapi mereka cakap kakak lebih sesuai.



3 jam juga la 'kakak' ni bercakap, bercerita dan berkongsi pengalaman. Namun saya kali ini rasa tak berapa puas hati sebab suara masih seperti Cakra Khan dan banyak kali batuk hingga terhenti ucapan untuk minum air.

Sekolah Raja Perempuan Ta'ayah adalah sekolah tempat saya menuntut ilmu dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Di sinilah saya mengenal ramai rakan-rakan yang baik belaka, cikgu-cikgu dan warden yang komited mengajar dan menjaga kami serta banyak perkara-perkara unik seperti mana sekolah asrama yang lain.

Perkataan seperti pasola, konggo, gipang, sodorm, servis mesra, couple Persada dan banyak lagi antara yang memaniskan kenangan di sini suatu ketika dulu. Cuma semua perkara ini sudah tiada dan diganti dengan sesuatu yang berlainan sesuai dengan peredaran zaman.

Di SERATA juga saya belajar subjek-subjek yang pelbagai di dalam bahasa Arab yang dipanggil Thanawi. Maknanya, bukan sahaja 9 subjek teras PMR (ketika itu) yang kami perlu ketahui, malah ada lagi lingkungan 11 subjek tambahan untuk Thanawi. Sembang saya dengan ustazah, sekarang SERATA juga ada program hafazan. Malah pelajar yang sudah tamat tingkatan 5 biasanya sudah hafal satu Al-Quran.

Wah, hebat betul!

Syarat kemasukan sekolah Taayah juga sudah berubah. Jika di zaman saya, ada peperiksaan khas untuk menentukan layak atau tidak, sekarang peperiksaan bertulis tidak ada lagi. Calon akan di nilai daripada keputusan UPKK dan UPSR dan kemudian interview untuk mendengar bacaan Al-Quran serta hafazan surah yang diberikan secara random.
Sekolah Raja Perempuan Ta'ayah, Sekolah raja perempuan taayah, SERATA, Sekolah Ta'ayah Ipoh, Taayah, Taayah ipoh, sekolah taayah, sekolah agama taayah, borang sekolah taayah, nasyid sekolah taayah, kemasukan sekolah taayah

SERATA juga sudah semakin cantik. Ada bangunan baharu tiga tingkat yang tiada di zaman saya. Ada juga jejantas menghubungkan SERATA dengan gymnasium yang khas untuk pelajarnya. Asrama juga makin cantik. Namun, kalau dah namanya sekolah perempuan, bunga-bunga dan taman tetaplah mekar menghiasi sekolah dan memberi pandangan segar dan tenang kepada sesiapa yang melihat.

Jauh di sudut hati saya harap mereka mendapat sesuatu dari sesi tadi. Terima kasih suami saya yang menjaga Iyaad.Cikgu Aini yang melayan kami dan Ustazah yg sudi jengah sebentar tadi.

Terima kasih kawan-kawan yang datang beri sokongan Amoi Atie Husnul Hakimah Shida Yanti Ida Bajuri dan terima kasih atam SailaSaleh BT danNurhanis Qistina Hamidi yang jaga 3 org lagi di kampung.


Oh ya
Dalam perjalanan pulang selepas makan di cafe hipsturrrrrr dan ambil peluang menjadi pelancong di negeri sendiri, kami bersembang di dalam kereta tentang memberi semula. Saya mengajak suami untuk turut sama.



Jadi

Kami ingin membuka ruang dan peluang kepada mana-mana sekolah yang ingin menjemput kami suami isteri untuk ceramah motivasi. Suami saya lepasan universiti di Rusia, berpengalaman sebagai doktor dalam bidang bius dan master dalam public health juga aktif dalam bidang penulisan. Saya pula biasa-biasa sahaja. Pengalaman sedikit ada lah

Tinggalkan komen di sini dengan nama sekolah dan serba sedikit ringkasan kenapa berminat. Kami akan pilih beberapa sekolah yang sesuai. Bayaran tidak ditetapkan. Seikhlas hati.

Jangka masa 2 hingga 3 jam. Cuma kami mohon untuk ada 1 bilik sesuai beserta 1 guru/penjaga yang boleh tengokkan anak-anak. Mainan dan buku kami akan bawa sendiri.
Kami harap ianya dapat membantu dan dapat memberi suntikan semangat!

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

1 comment:

  1. masyaAllah tabarakallah anak sulung saya salah seorang dalam hall tu.... alhamdulillah baru form 1...tapi sangat happy di SERATA...terima kasih banyak-banyak luangkan masa bersama mereka 😍😍😍

    ReplyDelete