Resepi Donut Gebu yang Super Pantas!

Assalamualaikum wbt

Sejak dua menjak sekolah mula nih, Emak pun cari idea la nak masak apa breakfast kan. Kengkonon nak buat #EmakfoodDiary. Setakat 3 hari ni masih istiqomah tapi tengok la lagi beberapa hari lagi Hahahahahaha.

Anyways, bebudak ni suka donut. Emak plak dah try macam-macam resepi. Antaranya resepi guna bahan paling basic. Serious. Ada 6 bahan aje. Takyah mentega ke shortening bagai. Semua bahan ready made yg biasa ada kat dapur. Boleh tgk kt sini: resepi donut guna bahan basic.

Cuma masalahnya resepi ni perlukan kesabaran. Tungguh doh kembang sejam, dah bulatkan kene tunggu lagi. So i ols tak dapat la nk bersabar. Lagi pulak doh dia agak sukar dibentuk. Rupaya jadi tak cantik lah. Emak ended up buat round donut aje.

So, Emak beralih kepada resepi yang baru. Hat ni bahan banyak sikit. Jumpa kat Azie Kitchen. Tapi Emak suka sebab tayah nak tunggu dan perap. Dan pakai tepung sikit je so tak la sakit tangan nak uli atau terpaksa adjust resepi yang sekilo jadi setengah kilo.

Inilah hasilnya, taraaaaaaaa!

First of all, bahan-bahan la:
  • 500gram tepung protein tinggi/tepung roti
  • 1 peket yis (saya pakai mauripan)
  • 50gram marjerin/mentega
  • 2 tbsp susu pekat
  • 1 tbsp shortening
  • 2 tbsp gula pasir (saya pakai gula organik)
  • 1 biji telur
  • 1/2 tsp garam
  • 200 air suam
  • Topping sesuka hati (gula, choc, badam, cheese cream etc)

Orait, so ni cara nak membuatnya:

Memula dalam bekas yang besar sikit kita letak air,mentega, shortening, susu, yis, mentega dan gula. Campur dan gaul pakai sudu. Biar je sampai yis berbuih. Tak lama, dalam 10 minit gitu.

Sementara tunggu yis berbuih, timbang tepung. Then ayak ke dalam satu bekas. Lepas yis dah berbuih, tuang tepung sikit-sikit. Gaul pakai sudu je. Masukkan telur, masukkan garam. Then gaul je sampai melekat dan gaul satu arah ye.

Bila dah melekat, pakai tangan gaul dengan baki tepung. Uli-uli sampai tangan tak melekat. Bekas pun jadi bersih je sebab semua jadi satu doh.

Lepas tu pi panaskan minyak dengan api perlahan. Doh tadi tayah rehat-rehat. Sebab tu dinamakan resepi pantas. Kalau rajin nak rehatkan, 5 minit pun dah cukup. Then canai. Tayah tebal sangat. Silap saya sebab agak tebal, kemudian dia kembang time goreng. Udah jadi beso sangat plak hahahahaha

Lepas canai, then tekap la pakai acuan donut tu. then terus boleh goreng.
Haaa cepat tak?

Sangat!
So kira kalau terbangun lambat then solat subuh, lepas subuh pun still sempat nak uli-uli dan bagi anak makan. Don't worry.

Oh ye, aduanan ni dapat dalam 30 biji gitu la. Kalau tak lalu nak makan semua sekali hadap, separuh lagi tu goreng sekejap je. Bagi mati yis je. Goreng seminit dua. Then sejukkan kejap, boleh masuk peti ais bahagian beku. Bebila nak makan, goreng je semula tayah defrost.

Okeh, selamat mencuba!

Love,

Salwa

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

3 comments:

  1. Okey..bahan2 semua dah ada. InshaAllah..esok lusa kubikin. Harini dah ada menu. Homemade nugget and roti sapu nuttela. Hahahaha! Thanks Wa for sharing.

    ReplyDelete
  2. Best2. Cepat siap. Tq kak salwa

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye, senang dan pantasssss hehehe

      Delete