Korang mesti try kempen Fly & Win Challenge ni!

Assalamualaikum wbt

Korang dah ada plan untuk cuti raya cina nanti? Cuti agak panjang tu. Saya rasa saya mungkin akan balik kampung kot. Tapi dalam hati ada juga rasa nak pergi jalan-jalan. Biasanya kalau cuti umum macam ni, memang keluarga dengan anak-anak yang bersekolah akan ambil peluang untuk bercuti.

Kitorang ni memang la berhajat nak ke oversea semula. Last rasanya tahun 2015 kot, pergi Acheh. Kemudian lepas tu doktor tak bagi dah jalan-jalan jauh naik kapal terbang sebab Israa' masih kecik kemudian ada masalah telinga pulak. Huhuhu. Puasa lama sangat. Sekarang dia dah besar sikit, rasa nak naik kapal terbang tu muncul balik. Hehehehe.

Antara destinasi yang masuk dalam list adalah Vietnam (shopping raya konon), Jepun (nak tengok Sakura), Maldives (Pantai yang super gojes), Phuket (sebab makanan diorang cakap best) dan Korea (walaupun tak minat KPop). 

Tu dia, banyak sangat la pulak  kan, sampai tak tahu nak pilih mana  satu. Macam la jutawan sangat kan. Tapi orang cakap tak salah berangan. Berangan kan free. So why not letak aje la semua destinasi dalam bucket list kan?

Kemudian hari tu terbaca pasal this contest by Traveloka. 


Diorang buat contest untuk semua Malaysian age 18 tahun ke atas. Seriously, memang menarik sangat kempen 'Fly & Win' CNY Challenge ni.  Oh btw, if korang still tak tahu, Traveloka ni diorang ni bukan setakat ada web, malah ada apps untuk korang buat booking flight tickets and accommodation dengan senang. main click click aje dah siap dah booking. Hassle free u ols. Try la. Dan diorang dah lama dalam industry travelling nih, well trusted.

Ok, berbalik semula kepada contest sempena Chinese New Year tadi kan, Memula ingat apa la nak kena buat kan, kot la buat slogan ke apa ke. Kan besenya kene ambil gambar, lepas tu taruk hashtag bagai. I ols dah siap-siap nak make up untul selfie lagi (ok yang ni tipu).

Sekalinya rupa-rupanya nak tahu kene buat apa?

Kena main game!!
Seriussssss. Kalau nak try just click kt sini:

Hahahahahahaha. Maka bermulalah misi untuk menang pakej percutian. Sape yang menang dapat tajaan flight dengan accommodation kot. Meh saya nak tunjuk hadiah dia apa.

Taraaaaaaa

traveloka, traveloka coupon, traveloka  promo, traveloka cny campaign, traveloka free ticket, traveloka free accommodation, traveloka vietnam, traveloka malaysia, traveloka tiket kereta api, traveloka murah, traveloka cheap flights


Kene re-iterate lagi sekali

1st price dapat pi Seoul okeh
2nd price pi Phuket

Nampak tak nampak tak? 
Memang dijodohkan untuk menang la kot! Langkawi je tak masuk bucket list sebab dah beberapa kali dah pegi.

Good.

Now i finally had a chance to win a free trip! Cheh, belagak gila. Ingatkan just main game aje la kan. Tekan-tekan, settle la. Rupanya game ni tak semudah yang di sangka okeh. Walaupun kapal terbang biru tu nampak cute aje dan senang nak control, sebenarnya salah!

Memang susah gila kot game nih!  Ke sebab i ols tak bese main game? Sikit-sikit jatuh. Sikit-sikit jatuh kapal terbang biru tu. Langgar belon la, langgar bangunan lah, langgar semua mende! Paling tinggi saya score 3 aje. ahahahahah. memang tak berbakat lansung rupanya. tapi orang kata, jangan cepat mengaku kalah. Kalau nak berjaya kene berusaha. Usaha tangga kejayaan la kononnya kan.

Kalau korang nak try, elok sangat lah. Especially yang terer main game tu. Tipsnya, try main pakai hp. If korang main pakai hp lagi senang kot nak control kapal terbang warna biru tu. Kalau pakai mouse, memang sampai ke sudah tak ke mana la kapal terbang tu.


Mula-mula diorang akan minta izin untuk log in pakai FB korang. Just allow. Takde masalah apa-apa in sya Allah. Then dah boleh main la game tu. Better u ols practice bagi kaw-kaw sampai score sangat tinggi baru la submit score tu. Kalau tak nanti, macam mana nak menang kan?

Jangan risau. Ada butang replay, so korang boleh try main banyak kali sampai la terer. Jangan addicted sampai tak makan tak minum tak tidur pulak ye. Berbahaya untuk kesihatan tuan puan sekalian. Hehehehe.

Once dah puas hati dengan pencapaian korang, boleh la tekan submit untuk masuk pertandingan ni. Oh ye. ada syarat tambahan yang tak susah lansung pun. In order untuk submit score korang tadi, korang kene buat at least 5 shares kt FB. Then dapat la tekan submit score. 

Tak susah kan?

So, jangan la tunggu lama-lama. Pertandingan ni sangat cute dan cool sebab semua orang ada fair chance nak menang. Sape yang praktis paling banyak dan paling rajin cuba main game ni, dia la akan dapat score paling tinggi. I think it works like that lah.

Adapun saya yang tak berapa nak pandai main game ni kena la lebih berusaha keras. Maybe bukan rezeki saya untuk menang tapi maybe rezeki korang? Mana nak tahu kan? apa salahnya share info ni. Bukan sebab kita nak menang sorang-sorang aje betul tak?

So, kepada yang masih belum ada bajet  nak bercuti atau masih tercari-cari nak pegi mana, saya sarankan try la main game ni. Mana nak tau memang korang punya destinasi tahun ni nak ke Seoul, Phuket atau Langkawi. 

Tak dapat pi situ pun mana tau dapat voucher. RM1000 tu kot. Banyak tu.

Oh ye, membebel bukan main lagi panjang. Lupa nak bagitahu. Contest ni start dari 22 January sampai 28 Febaruary 2018. So ada baaaanyak sangat masa untuk korang practice okeh?

Semoga berjaya!
Bye

Love,

Salwa




Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment