Autism atau GDD?


Saya pernah bertanyakan kepada suami secara berjenaka.
"Abang agak, apa kebarangkalian untuk dalam satu keluarga, ada semua learning disablities? Ada Dyslexia, ADHD, GDD..dan mungkin ada autism..? 1 dalam 1 juta? atau 10 juta? atau 100 juta?"

Suami saya hanya diam. Saya ketawa kecil. Memang kami tak tahu statistik tersebut tapi kami yakin, memang unik sungguh keadaannya.Hehehhehe
3 hari lepas, empat lagi temujanji serentak dalam masa satu hari. Untuk keempat-empat anak. Dan salah satunya adalah temujanji pakar psikatari untuk Israa'.

Israa' sekarang berusia 3 tahun 4 bulan. Seperti yang biasa saya ceritakan, Israa' ada beberapa masalah kesihatan di samping di diagnos mempunyai GDD. Cara berjalan, tingkah laku, percakapan atau apa-apa sahaja tidak melambangkan usia Israa'. Hampir setahun lebih terkebelakang.

Pun begitu naluri hati seorang Emak mengesyaki sesuatu. Sudah setahun sayasyak Israa' mempunyai Austism. Saya memang rapat kerana menjaga Israa' sejak lahir dan saya kerap membaca tentang learning disablities yang lain. Seperti waktu saya syak kepada abang-abangnya dahulu, saya akan berbincang dengan suami. Mulanya tiada apa tindakan dilakukan.

Saya confuse kerana ciri-ciri yang ditunjukkan Israa' memang dalam ruang lingkup anak yang mempunyai Autism. Pun begitu ada garis tipis yang halus membezakan bagi kes Israa' kerana dia mempunyai GDD. Kemudian saya berbincang pula dengan doktor dan ahli fisioterapi yang merawat Israa'. Mereka turut bersetuju dengan pendapat saya dan menyarankan saya untuk menunggu seketika dan melihat perkembangan Israa'.

Hampir 10 bulan saya menunggu hingga Iyaad dilahirkan, tanda-tanda yang ada makin jelas. Akhirnya saya membuat keputusan untuk membawa Israa' berjumpa pakar psikatari dan dapat membuat temujanji pada 8 Januari.

Maka pada 3 hari yang lepas itulah kami duduk berbincang dan membuka cerita, melihat sejarah dan berkongsi fakta. Prof S, mengakui Israa' ada ciri-ciri Autism tetapi juga dalam masa yang sama tidak menafikan faktor GDD yang ada mungkin juga menyebabkan ianya sukar untuk disahkan.

Concern utama saya, Israa' perlu interventions yang sesuai dan berkala dengan kerap jika benar menghidap Austism kerana usianya pada atas kertas sudah menjengah 4 tahun. Rawatan dan intervensi yang ada sekarang adalah sama namun pada tempoh yang agak lama jaraknya. Diagnisis yang tepat akan membuka ruang untuk kami explore option lain bagi Israa' seperti menghantar ke pusat-pusat yang menyediakan intervensi khusus.

Prof S bersetuju dan faham dengan kerisauan saya. Beliau menyarankan kami memberi masa sehingga pertengahan tahun ini kerana ada assessment yang perlu kami lakukan. Oleh kerana kes Israa' ini unik, beliau juga akan turut membawa butiran ini untuk perbincangan bersama pakar-pakar perubatan lain supaya dapat diteliti dan dibincangkan bagi menghasilkan keputusan yang betul.

NOTA PENTING: Saya tidak mahu menceritakan apa ciri-ciri dan simptom yang ada pada Israa' buat masa ini kerana khuatir akan di salah erti dan masih juga belum disahkan. Seperti yang saya nyatakan, kes Israa' berbeza. Ini hanyalah satu cerita pengalaman kami sekeluarga.

Apa yang mampu saya minta, jika boleh adalah DOA. Benar, saya tidak pernah rasa semua ini beban. Beban adalah satu keadaan yang membuatkan kita sentiasa rasa tertekan, melukakan, ingin segera dibuang dan tidak diperlukan.
TIDAK.

Perjalanan masih panjang ini bukan beban buat kami. Wallahi. Ia satu anugerah dan amanah kerana saya merasa Allah memilih kami sekeluarga dengan asbab tertentu. Dan tugas saya adalah menyebar info dan memberi ruang pengalaman buat semua ibubapa.

Namun doa yang saya minta, untuk meringankan dan meraikan lelah yang sangat tinggi. Kekalutan dan kesibukan ruang, kesempitan dan kesusahan dalam merancang. Kami masih manusia biasa yang serba serbi tak sempurna dan tidak lengkap. Dengan doa kalian, mungkin ada yang makbul terus tuhan berikan.

As family, kami akan sentiasa bersama dan enjoy the fun together.
Hoooyeaaah!

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

1 comment:

  1. Semoga Allah Permudahkan segala urusan kalian sekeluarga. Aamiin ya Allah

    ReplyDelete