Sekeping kad dengan pelbagai cerita
Hari ini dan esok, 4000 peserta yang terpilih daripada 25000
orang yang menghadiri bengkel eUsahawan pada tahun 2017 berkampung di PWTC
untuk kemuncak program, DAYA EUSAHAWAN. Dan mereka ini sebilangan kecilnya akan
menerima penghargaan atas peningkatan dan semangat keusahawanan yang ditunjukkan
sepanjang tahun.
Peserta saya ada juga yang mendapat hot seats (hanya 50 orang
daripada 25000) dan 2 orang telah terpilih dengan tag PLATINUM -TN50, bermaksud
akan duduk di atas pentas Bersama Perdana Menteri.
Bukan 2 orang ini sahaja menjadi kebanggaan saya.
Kesemua lebih 500 peserta eusahawan tahun ini yang belajar
dari saya adalah kebanggaan saya. Mereka berusaha hadir ke bengkel, cuba
membaiki diri dan belajar pemasaran secara digital untuk memajukan perniaggaan.
Inilah #WiraDigital yang diraikan!
Dan saya, pengajar mereka, salah seorang daripada CERTIFIED
MASTER TRAINER EUSAHAWAN hanya melihat dan mendengar cerita-cerita dari DAYA
kerana saya belum sembuh sepenuhnya untuk turut sama merasa kemeriahan mereka.
Sekeping kad ini cukuplah sebagai bukti pelbagai ranjau yang
ditempuh sebelum bergelar master trainer. Meninggalkan anak-anak (dan suami).
Lebih mencabar sepanjang tempoh perjalanan, saya mengandungkan Iyaad tanpa
orang tahu. Kesana kemari pusing satu Malaysia mengajar peserta. Hadir pelbagai
kursus dan ujian-ujian. Diduga dengan jangkitan paru-paru yang ambil masa
sebulan lamanya untuk sembuh tapi tetap mahu teruskan langkah.
Sebenarnya banyak nak cerita, tapi cukuplah setakat ini.
Saya rasa sangat seronok berjumpa ramai sifu-sifu dan trainers yang otai
belaka. Bersama mereka dalam perjalanan ini umpama satu lembaran baru dalam
salah satu bab kehidupan saya. Mereka tidak pernah lokek ilmu, sentiasa bersama
saat suka duka, membantu dari plebagai sudut dan sentiasa setiakawan.
Tahun 2017 saya memang lebih bermakna dengan adanya eusahawan
dan saya berharap tahun 2018 nanti, keterujaan ini makin bertambah dan makin
ramai yang akan memanfaatkan peluang ini untuk menimba ilmu.
Jika anda ingin jadi salah seorang peserta eUsahawan pada
tahun 2018 nanti, sila klik link berikut dan tinggalkan butiran seperti nama,
hp dan email di ruangan komen. Kami akan hubungi anda apabila kelas 2018
berlansung, dan pasti, ianya PERCUMA!
Jangan lepaskan peluang ya. Klik link di atas, dan tinggalkan butiran peribadi anda di ruangan komen
Love,
Salwa
Wanita, ibu dan isteri yang berjiwa kental. Tahniah Salwa! akak doakan awak sentiasa sihat dan dipermudahkan urusan. Teruskan buat apa yang kita suka yer..
ReplyDelete