Pre-order Essential Oil Diffuser

Assalamaualaikum wbt

Update tentang pre-order diffuser

Saya memohon maaf atas kelewatan ini. Parcel dijangka sampai pada minggu sebelum 22 May yang lalu. Ini kerana saya memang pernah membeli diffuser dari pembekal yang sama dan ianya mengambil masa kurang 10 hari untuk sampai, maka saya menjangkakan belian kali ini juga mengambil masa lebih kurang begitu.

Mesej yang saya dapat adalah serupa dengan mesej pada pembelian pertama, seperti yang tertera di bawah.



Shipment secara udara masih berlaku cuma bila parcel masih tidak tiba, saya menghubungi agent untuk bertanya status. Malangnya, parcel kini masih berada di 'udara' dan mereka hanya akan dapat track setelah tiba di Malaysia.



Saya sangat memohon maaf atas kelewatan ini. Jika anda ingin membatalkan pembelian dan mahu refund, sila hubungi saya. Saya akan refund kembali duit diffuser beserta postage yang telah di bayar.

Sekali lagi, saya mohon jutaan kemaafan. Saya memang sering membeli barangan melalui agent hampir setiap bulan. Majoriti memang tidak bermasalah. Kerana itu saya overconfident barangan akan sampai tepat pada waktu.

Selamat berpuasa.

Love,

Salwa

*******************************************

Apa khabar? Semua dah nak siap balik kampung ke? Maklumlah cuti panjang kan. 
Saya pun bersiap juga nak balik ke Teluk Intan.

Cuma kali ni terlebih excited sebab ada extra peneman dalam kereta. Ni la nak cerita, saya dah seminggu dua cuba USB diffuser ni di dalam kereta. Saya padankan dengan Essential Oil yang original (saya pakai jenama Young Living).

Ma sya Allah
Wangi nya lah kereta dan sangat sedap. Selama ni pun dok pakai jugak Essential Oil tapi saya titis-titis kat kapas boh kat dalam bekas jadi agak membazir jugak la. Tiap hari nak kene titis yang baru. 

Kali ni dapat rezeki beli diffuser ni, jimat betoi. Tangki agak besar, 300ml boleh tahan lama sangat. Berjam-jam berhari-hari. Saya letak 5-6 titis lavender pun dah wangi.



Oleh kerana mende ni best, makanya perlu dikongsi kepada kawan-kawan sekalian ye. USB Essential Oil Diffuser ini sangat mudah digunakan dan sesuai dibawa kemana sahaja kerana saiznya yang compact dengan design minimalist yang anggun dan trendy. Bukan takat kat kereta, letak tepi katil ke, atas meja kerja or meja menjahit ke, kat dapur pun boleh cuma sebab dia mini, kapasiti tak sama macam yang besar lah jadi ruang kecil sahaja yang boleh dicover. Cuma kalau nak letak dalam keretA, kene pakai converter dari tempat pencucuh api ke USB (item ini tidak disediakan)

Kelebihan bila kita pakai diffuser dengan essential oil yang asli?

Sangat banyak. Selain memang semulajadi tanpa sebarang bahan kimia merbahaya (saya dah lebih setahun tak boleh pakai pewangi kereta lain dah), dia berfungsi sebagai aromaterapi dengan 100% pure therapeutical-grade. Setiap essential oil ada kelebihan masing-masing contohnya menghirup bauan lavender boleh mendatangkan kelegaan, rasa rilex, kurangkan stress malah boleh jadi insect repellent so tak risau nyamuk sibuk dalam kereta! Lemon pula memang selalu digunakan untuk wangikan ruangan tapi tak ramai tahu dia adalah anti oksidan yang sangat bagus!

Ok dah la tu, banyak nya cerita.

Saya nak bukak order untuk Batch 1 kepada yang nak menempah, hingga 8 Mei ini sahaja ye. Ini adalah pre-order dan dijangka mula diedarkan pada 22-26 Mei. 

Harga?

Sangat sangat sangat MAMPU MILIK

Satu unit hanya RM55
Beli 2 unit untuk RM105
Beli 3 unit untuk RM150 

Kos pos mengikut unit dan lokasi. Harga adalah untuk diffuser sahaja dan tidak termasuk essential oil.

Jangan tunggu lagi, isi borang dibawah ini dengan segera.
Lebih banyak butiran seperti size, cara penggunaan dan gambar ada di ruangan di bawah borang ini ya

Selamat mencuba!

Love,
Salwa







Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment