Maksud Sweet sebenar pasangan suami isteri

Sweet adalah
Bila dah seminggu tak beli air di pasar ramadhan, tetiba teringin nak air tebu tapi tak terbeli jugak. Sekali si dia masuk kereta ade satu bungkus air tebu di tangan buat berbuka.

Sweet adalah
Bila bergaduh masam muka waktu malam, esok paginya bangun macam takde apa berlaku, subuh berjemaah, mulakan hari macam biasa

Sweet adalah
Dapat tidur awal sebab pening dan anak-anak di handle si dia. Walaupun bangun pagi rasa nak lagi pening tengok 'after effect' anak-anak buat, tapi itu masih suwit

Sweet adalah
Setiap pagi salam tangan dan si dia balas dengan ciuman di dahi dan doa 'moga selamat semuanya' walaupun masing-masing tahu hari yang akan ditempuhi sangat mencabar

Sweet adalah
Tengok pinggan di singki dah selamat di atas rak atau meja makan berlap licin atau muntah anak di lap kan atau berak yang siap dibasuhkan sebelum berbau

Sweet adalah
Dapat keluar sesekali, makan di restoran sederhana dan bergelak ketawa anak beranak sambil sesekali menjerit sebab onar yang dibuat 3 hero Malaya.


Itu definisi sweet ‪#‎EmakAnakTiga‬
Apa definisi sweet anda?

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

5 comments:

  1. Sweet bila suami izinkan isteri untuk keluar bersama girlfriend ataupun pi kelas-kelas agama, mengaji. Suami pula menjaga anak-anak di rumah. Sweettt kannn??

    ReplyDelete
    Replies
    1. alalalal yg tu mmg sweet sangaaat tau!

      Delete
  2. Sweet bila saya cakap "stress laa.."
    Suami balik surau, singgah kedai belikan aiskrim..

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan aiskrim tu aiskrim magnum!!! waaaaa sedap nyeee :D

      Delete
  3. sweet sangat kisah-kisah entri nie.

    sweet saya, bila suami sanggup drive in a long journey walau kadang2 tu dia pun penat.

    ReplyDelete