BERTENANG, tak perlu tergesa-gesa jika nak BERJAYA!

Kita ni semua nak CEPAT!!

Jangan baca kalau rasa tak setuju, sebab nanti awak juga yang sentap tak tentu pasal. Cuba perhatikan, apa juga urusan, memang ramai yang nak cepat atau lagi tepat dikatakan TERGESA-GESA.

Saya nak cerita perihal beberapa customer saya dalam bab buat blog. Memang tak dinafikan blog adalah platform paling stabil buat masa ini untuk marketing. Tapi ade juga customer/prospek yang anggap, bila mereka buat blog dengan saya, dalam tempoh 234 saat, blog mereka terus tersenarai dalam ranking Google

Aiyoooooo amma appa

Saya pun harap sangat saya ada kuasa magic gituh. Pung pang pung pang, masuk ranking no 1 sambil goyang kaki mengadap TV tengok cerita kapten apemende ntah.
Dan nak tau tak, prospek ni banyak yang lari dan tak jadi buat make over blog bila saya katakan, saya make up blog tu supaya berseri. Tapi content tetaplah juga kene buat hari-hari. Guna la tips SEO dengan apa yang saya ajar tu buat bekal, tapi kena usaha dan tetap cekal!

Diorang takmo
Diorang nak bila dah buat tu terus cepat aje ternama dan dikenali ramai dan customer datang berbondong-bondong

Diknon,
Saya sendiri pun walaupun dah lama berblog ni dah juta-juta views pun, bila saya tak konsisten, trafik turun maaa. Bulan 6 sampai bulan 8, sejak arwah abah sakit hingga meninggal hingga raya, saya tkde memandang pun blog tu.

Walhasil, trafik turun gila. Ratus2 je sehari orang view. Sob sob sob. Tapi saya tahu mende tu mmg asam garam kehidupan jadi tayah nk down sangat. Mid ogos saya mula balik dan mulai beberapa hari lepas elok je naik balik view blog.

See?



Tu baru citer blog. Kalau soal nak kaya, semua nak kaya dengan cepat. Sebab tu la, hatta 7 keturunan dah di warning pasal skim cepat kaya, masih tetap ramai percaya! Skim yang sama cuma tukar nama. Masihlah berbondong-bondong yang percaya. Sebab? Nak cepat kaya

Kalau soal nak berjaya, semua pun nak cepat hasilnya. Orang lain jenuh la defend itu ini, kene lanyak time Viva. Ada yang nak cepat, beli aje ijazah, MBA dan PHD. Bukan ade orang kisah sangat, asalkan pandai cakap dan pandai buat duit, mesti orang percaya.

Allah dah tegur, jangan tergesa-gesa.
Dengan Allah pun adab TAKDA, camne lah?
Doa hari ini, besok udah nak jadi kaya mcm Dr Vida. Ingat korang ade lampu ajaib Alladdin ka??

خُلِقَ الْإِنْسَانُ مِنْ عَجَلٍ ۚ سَأُرِيكُمْ آيَاتِي فَلَا تَسْتَعْجِلُونِ
"Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa. Kelak akan Aku perIihatkan kepadamu tanda-tanda azab-Ku. Maka janganlah kamu minta kepada-Ku mendatangkannya dengan segera. "(Al-anbiya: 37)

Slow down!

Keep CALM and read QuRAN
Keep CALM and read salwasaleh.com

Deal?
DEAL!

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment