Bahaya jika terlalu Cerewet, Perfectionist atau menghidap OCD

Jangan bangga jika anda ada OCD!

Ramai orang yang saya jumpa memang bangga dia ada OCD.Mungkin dia rasa hidupnya sempurna atau dia tak tahu OCD adalah sejenis penyakit.

OCD adalah penyakit. sebab itu digelar Obsessive Compulsive DISORDER. Ada banyak peringkat dan banyak rawatan. Kalau nak tahu betul2 samada memang clinically tergolong dalam golongan ni, disarankan buat test. then baru tahu ditahap mana dan apa rawatan paling baik.

Adapun kebanyakannya masih terkawal. Maksudnya kita boleh latih diri utk kawal dan berpada-pada. Kebiasannya bila mendatangkan mudarat pada diri sendiri atau keluarga, itu kene start dapatkan jalan penyelesaian. adapun sesetengah orang tkde OCD pun tapi CEREWET.

Jika pada peringkat awal atau jenis ringan, baguslah kerana akan dapat dikawal dan rumah dan persekitaran anda berada dalam keadaan yang sentiasa kemas dan sempurna

Namun, jika tidak terkawal dan termasuk dalam kategori severe, tolong dapatkan rawatan sewajarnya. Contoh severe adalah tidak menggunakan soap bar lebih dari sekali kerana takut kepada kekotoran, basuh pinggan mangkuk berulang kali, tidak boleh org lain gunakan toilet etc

Pic from College Theme

Percayalah
Jika tidak dirawat perkara ni sgt mampu menjejaskan kesihatan diri. Paling teruk kalau dah berumahtangga dan sampai boleh bercerai berai. Kalau dapat anak pun nanti tak happy and ended up kene tekanan jiwa kerana tak mampu handle nature kanak-kanak.

Bagaimana nk buat?

Dulu saya juga pernah termasuk kategori ni. Sejak masuk menengah atas, walaupun busy gila di asrama saya akan basuh baju setiap hari tak kira cuaca atau masa. Kemudian makin menjadi. Lipat baju mesti sama dan ikut tona warna. Sepit baju mesti sama dengan warna baju yang di sidai. Baju semua cuci tangan di sinki sebelum masuk mesin basuh.

Banyak lagi tapi cukuplah saya cerita saya mula cuba rawat diri sendiri lepas kahwin dan ada anak sebab saya nampak banyak pulak keburukannya di pihak saya (bagi orang lain saya rasa kene ukur dan tengok keadaan sendiri ye)

Antara yang mula2 saya buat adalah selerak kan pensel warna dan masukkan semula dalam kotak tanpa ikut urutan warna. Memang sakit hati Gila tengok tapi saya kuatkan juga. Buat bodoh je.

Itu ujian pertama. Lepas tu hanger baju yg gantung tu saya campur adukkan warna dia. Dulu mesti putih utk tudung, kayu utk jubah dan baju kurung, Pink utk blouse. Pejam mata, buat je ikut suka.

Ada orang lepas kahwin belajar bertolak ansur. ada orang dah kahwin pun dapat pasangan ala2 ocd juga so tkde la masalah. ada orang lepas ada anak baru belajar . ikut keadaan dan individu. ditegaskan, selagi tak memudaratkan dan boleh pulak cope with that, it's fine.

yg jadi masalah adalah kalau benda seperti ni buat gaduh besar, masam muka, menjerit jerit kt anak, pukul anak, stress tak tentu pasal, asyik nk mengamuk, moody, marah-marah, rasa inferior, rasa letih melampau... itu semua masalah. tak kira la OCD atau CEREWET. rumah tangga takkan bahagia.

Kemudian kalau ada angle susunan yang tak sempurna saya buat bodoh juga. Lama lama makin baik dan sekarang saya boleh buat biasa dan lepas ada anak 3 ni, I don't care anymore.. hahahhaha

Saya bahagia
Keluarga lebih bahagia
Anak lebih kurang kene jerit
saya dpt banyak buat kerja lain selain mengemas
Walaupun umah sepah dan saya tk dpt sempurna mcm dulu tapi seriously we are happier

Cubalah.. baru tahu

jangan biarkan benda yang boleh dirawat, tidak dirawat.
jangan biarkan orang lain yang hukum kita, kita sendiri cari jalan selesaikan.

Rasanya mslh nya sebab ade jd puak2.

Ade puak yg tuduh dia ni OCD walhal dia pemalas sebenrnya.
Ada puak pertahankan ke OCD nya walhal mende tu cerewet sebenarnya

Hahhahahah

Pening2. Adapun sesiapa yg sungguh betoi OCD elok le dpt kan rawatan

Dan yg sungguh2 pengotor dan pemalas, dapatkan lah kerajinan

ALL THE BEST!

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

1 comment:

  1. dia jadi OCD bila perasaannya tak dapat di kawal, hahaha

    ReplyDelete