8 realiti apabila anda berkahwin dengan seorang doktor

Assalamualaikum wbt

Ramai orang nak atau ingat kahwin dengan doktor sangat glemer, best dan hari-hari dipenuhi ayat bunga cia cia cia.
Akak saje la nk pesan pada yang baru-baru kahwin dengan doktor pastu stress atau yang nak kahwin nanti. Kalau awak nak kahwin dengan dia sebab dia doktor, rentikan aje la.

Kahwin sebab awk sayang dia, sedia terima dia, yakin dia pasangan awak. Itu semua yang akan buatkan awak kuat dan bertahan.

Sebabnya? Meh akak citer sikit dik:

1. Lupakan jadual cantik tanpa kecemasan secara tiba-tiba. Tak kira la dah 4 bulan sekalipun plan, bersedia untuk tukar plan secara mengejut atau merasa tabah bila cuti pasangan tiba-tiba tak diluluskan atau kene ganti orang pergi kursus wakil jabatan atau ada meeting tergempar kes fatality sebab denggi.

2. Weekend belum tentu milik keluarga. Kalau setakat 2 3 bulan tak balik kampung tu jangan pelik sangat. Menambahkan lagi horror kalau pasangan tu sambung belajar. Kalau setahun sekali dapat pi bercuti tu kira bagus la tu, harus syukur walaupun cuti tu dalam negeri sendiri. Pandai-pandai la isi masa lapang dengan anak-anak seperti masak sensama ke, beli barang runcit ke ape ke.

3. Mungkin topik ketika sarapan atau makan malam adalah tentang cerita saspen ibu nak bersalin ade pre-eclampsia kene buat emergency caesarean sections, patient yang sampai yellow zone lepas tu kene usung utk buat laparoscopic appendectomy, kesusahan nak intubate patient yg ada masalah obesity and the list go on...

4. Kawan-kawan atau sedara secara tak sengaja atau kadang-kadang memang sengaja akan turut treat awak macam doktor dan tanya macam-macam soalan walaupun awk cakap awak tak tahu pun sebab bukan awk yang doktor
5. Pergi appointment mengandung, admit diri sendiri utk bersalin, pergi amik report card anak dengan usung anak lain, pergi appointment hospital or amik vaksin utk anak, pergi sana pergi sini sensorang adalah sangat normal dan diperlukan. Kebolehan drive sendiri dan berada di tahap independent tertinggi adalah CRUCIAL. Di ulang, crucial.

6. Kalau awk rasa nak cerita pasal masalah tak de cuti ke, masalah pasangan awak tak tolong awak ke, cari la orang-orang satu liga atau baik tak payah cerita. Parents awak ke, in laws ke or sedara mara ke takde nak back up ye. Mesti alasan 'diorang keje letih' yang keluar walaupun awak je tahu awak pun letih darab 20. Diorang semua expect awak ni tiptop sempurna dan macam robot. Jadi tak payah nk cerita utk dapat simpati, nanti silap-silap awak lagi sakit hati. Hadap aje la dan bawak bincang dengan pasangan sendiri. Afterall, dah berumahtangga mesti kene tahu keperluan dan tanggungjawab masing-masing, ye dak?

7. Kalau awak sakit ke, anak awak sakit ke dan pasangan tengah keje time tu (especially oncall), sama ada jadi org super atau cuba dapatkan bantuan dari orang lain. Most of the time, pasangan awk akan trapped samada boleh lari kejap dan settlekan hal keluarga sendiri or kene fokus patient kt hospital. Kalau sakit yang biasa-biasa tu pandai la uruskan sendiri. Jangan expect yang tinggi-tinggi.

8. Doesn't matter how hard you take care of your family...orang akan cakap..."takpelah, pasangan dia doktor". Walaupun sakit juga la telinga dengar, tapi jangan lawan kalau org yg ckp tu org tua. Senyum je. Kalau rakan sebaya, sediakan peluru-peluru untuk berhujah dengan geliga sekali. Depa tatau yang dok umah la jadi doktor, misi, attendant, driver ambulance, ahli farmasi...habis semua jawatan sapu.

Apapun, i sayang my hubby
Not because he's a doctor, but i accepted his marriage proposal because he is real.


(Awwwwww...cia cia cia)

Sekian,
Akak yang baru sambut anniversary ke-8

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment