4 sebab utama BISKUT RAYA TAK MENJADI

Assalamualaikum wbt

Rasanya sekarang ni kebanyakan emak-emak mungkin tengah sibuk dah berkira-kira nak buat biskut raya. Ada juga yang dah siap pun berbalang-balang sejak sebelum puasa. Bukan untuk jual pun, tapi memang suka buat sebelum puasa. Bagus juga ye tak?

Saya belum buat lagi biskut raya taun ni.
Selalunya kalau time-time gini ni dah siap dah, tapi taun ni belum buat pulak.

Korang dah buat ke biskut? Suka biskut apa?
Saya suka almond choc chip cookies, nutty bites, biskut arab, semperit. eh macam banyak pulak.

Tapi kan, dalam pada suka ni, tentu ada pernah korang cuba buat, tapi hasilnya tak menjadi dan mengecewakan sampai akhirnya di bakul sampahkan!

Pernah tak? Pernah tak?



Saya pun pernah beberapa kali alami situasi gini. Sedih tau. Dah la penat buat siap bersengkang mata. Sekali dah buat, tak serupa lansung dalam gambar resepi yang kita dok google. Kadang tu siap dah pakai resepi turun temurun pusaka 7 keturunan, pun tak menjadi.

Sebab ape?

Meh saya cerita 4 sebab UTAMA kenapa biskut raya tak menjadi.

SEBAB 1: BAHAN SAMA, TAPI JENAMA BERBEZA!

Haaaa, ini antara punca yang sangat utama. Resepi sama dah, kemain orang puji kata sedap belaka. Kita pun excited, cuba lah resepi tu. Bila dah siap, tak sama pulak rasanya walaupun kita dah follow 100% dah ni resepi ni. Rupanya, kita pakai butter jenama cap ayam, orang resepi tu pulak pakai high grade punya butter yang original butter. Kita pakai choc chip murah je, dia pakai dari dalam kotak punya. Memang la rasanya berbeza! So, lepas ni kalau dapatkan resepi dari sepupu sepapat atau emak ke, pastikan tanya sekali jenama apa dia pakai. Kalau yang dalam internet tu, besenye depe tk reveal lah kan. Nanti abes la rosak bisnes. Cuma pokoknya, pakai la bahan yang lebih berkualiti

SEBAB 2: SUKATAN TAK SAMA 

Masalah ni timbul sebab pakai sukatan cawan. Kalau pakai gram ke, ml ke takde masalah biasanya. Ni yang jenih 3 cawan tepung gandum. Dia pakai cawan lain, kita pakai cawan lain. Cawan dia ikut standard yang CUP yang dekat kedai bakery tu, kita plak pakai amik je cawan mana yang sempat ada dalam almari nun. Kadang-kadang cawan susu baby pun jadi time emergency! Jadi janganlah salahkan resepi, salahkan kita tak ikut bebetul. Kalau rasa susah, pakai je la resepi yg pakai gram ye. Satu lagi yg sudu makan, sudu teh tu. Sukatan tu ikut lah sudu sukatan yang ade jual di kedai. Bukan kita pakai cedok aje dari sudu makan kita. 

SEBAB 3: SETTING KETUHAR TAK SAMA

Yang ni selalu jadi kalau mula-mula pakai ketuhar/oven. Oven ni kalau memula pakai memang kita kene adjust sikit. Ala, kata orang warm up gituh. Saya nasihatkan buat la sesuatu yg simple dulu macam bakar ayam ke, bakar roti ke ape ke supaya dia ok. Bila kita dah ok, dah pandai nk control, suhu dia pun dah stabil, boleh la buat biskut raya. Itu pun ikut oven sendiri juga. Kalau dalam resepi kata 20 minit, boh 15 minit dulu pastu tengok. Kalau tak masak, tambah lagi 5 minit. Kalau masih tak masak, tambah lagi seminit dua. Macam tu la caranya. Kalau biskut dalam dulang pertama dan kedua dan ok, yang lain tu in sya allah ok la nanti.

SEBAB 4: TEKNIK TAK BETUL

Yang ni penting. Ini la orang kata 'air tangan' ibu la ape la. Sebenarnya sebab teknik kita tu pun penting. PErhatikan kalau chef masak kat dapur tu, cara dia uli doh nk buat biskut tu macam mana. Contoh kalau biskut Arab, kita suka la pakai tapak tangan dok genyeh. Cepat aje melekatnya. Sebenarnya tapak tangan lagi tinggi suhu, jadi elok la pakai hujung jari aje. Manja-manja je ulinya. Atau teknik gulung tart nenas. Perhatikan cara orang buat kemudian baru kita follow pelan-pelan.

Jadi, saya berharap tips ni dapat la bantu untuk mengelakkan masalah biskut raya tak menjadi ye. . Kalau masih tak menjadi lagi, saya suggest beli je la ye. Hahahahahaha

Selamat hari raya!
Puasa jangan dilupa!


Love,

Salwa

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment