Review UNIK tentang Filem Munafik 2016

Assalamualaikum wbt

Sure u ols terkejut kan, sejak bila plak Salwasaleh ni pandai nak review review filem nih. Sebelum ni tak pernah ade pun? 

Well, kali ni memang rasa nak sangat review dan share pasal filem ni walaupun saya ni bukanlah kaki pawagam (seumur hidup tak sampai 10 kali kot masuk wayang). Tapi semalam cerita nya berbeza. Saya decide untuk tengok Munafik selepas baca pelbagai komen dan response menarik tentang filem ini.

Dan malam tadi siap mimpi hokeyh! Sob sob sob
Power betoi la.




Anyways, saya akan bahagikan kepada beberapa bahagian. Part paling penting adalah dihujung sekali

P/s: Gambar-gambar saya ambil dari laman Myinfotype dan Tv14


PART 1: SINOPSIS DAN JALAN CERITA

Ustaz Adam (Syamsul Yusof) ada keistimewaan untuk mengubat pesakit yang kene gangguan. Dipanggil Ruqyah dalam istilahnya. Tapi selepas kemalangan maut yang menyebabkan isterinya meninggal, dia jadi macam tak boleh nak terima hakikat tu. Dia tak boleh maafkan orang yang langgar lari dan sebabkan kemalangan tu.

Dia berkurung aje la dalam rumah walaupun jenuh dinasihatkan kawannya (Fizz) , Imam ape ntah tak ingat namanya (A Galak) dan ayahnya sendiri (Dato Rahim Razali)

Sampai la suatu hari Imam ape tak ingat namanya (A Galak) minta bantuan dia untuk ubati Maria (Nabila Huda) yang teruk disihir. Dari sini lah bermulanya segala cerita yang terungkai satu persatu

Jalan cerita bagi saya ok. Senang difahami walaupun ade loop holes sedikit contohnya macam babak Adam tetiba sedar yang dia sebenarnya bukan ber'cakap' dengan Maria dan Zati, endingnya habis begitu sahaja dan terus jump ke scene lain.

Dan kesudahan beberapa watak yang 'hilang' begitu sahaja. Tak tahulah kalau sengaja buat gitu utk ada sekuel ke lepas ni. 





PART 2: LAKONAN

Memang betul la. Nabila Huda saya rasa  boleh menang Aktres terbaik kot nanti sebab lakonan dia real gila. Serius dengan matanya, dengan tenung dia tu. Part yang rasuk tu tak boleh tahan punya. Nasib baik la saya ade pop corn ketika tu. So kira macho juga la. Tkde jerit ke ape ke tapi memang di akui keseramannya.



Part paling seram orang banyak kata kat bilik mayat. Bagi saya sebab dah jangka, so tkde la seram sangat. Tapi part dia bersiul dan berpaling waktu nak cakap dengan mak tiri dia tuh, huiiiihhhh tegak bulu roma hokeyh.

Syamsul pulak bagi saya ini lakonan terbaik dia. Walaupun tkde la follow sangat tapi yg ni memang different. Baru seminit start, adik sebelah saya dah sob sob tersedu. Kira power la kan.

Yang watak tambahan lain semuanya cukup perasa. Tak over sangat, tak tenggelam sangat. Saksama gitu


PART 3: PLOT TWIST

Haaa ni memang tak duga lah. Tak bole cerita kat sini sebab kang tak dapat la suprise kalau korang pegi tengok kan? Cumanya saya pun tertipu.

Cheh..ingatkan mamat ni.. tapi bukan rupanya. Cumanya saya memang takde syak Pekin atau mak tiri maria tu sebab rasa macam memang bukan depa yang buat.



Kalau nak tau, kene tengok la ye. Saya puji cara Syamsul olah sampai buatkan orang rasa macam

"Alah...aku tau dah ni..mesti dia ni punya angkara"

Sekali memang tak diduga beb! Tipah tertipu!!


PART 4: ELEMEN SERAM

Banyak sangat jump scare sampai saya pun tak terkejut. Well, saya lah yang tak terkejut tapi kalau orang lain terkejut tatau la. Kita bole agak dah based on bunyi dan keadaan. Bab sound effect, thumbs up. Walaupun tak terkejut tapi takut dan seram nya masih ada. Kira menjadi la

Dengan malam je, umah malap je, tau dah jin nk keluar. Dan jinnya tu bagi saya menakutkan bukan sebab dia macam hantu bese, make up mmg real la tapi sebab dia tu real dari sudut memang banyak orang kita yang pakai sihir, saka, penjaga dan sebagainya. so dia punya feel tu lain sikit.



So betoi la Syamsul cakap, kalau ade sakit jantung ke, pregnant ke, jangan tengok la kak weh, satgi merbahaya..mendatangkan kekacauan


PART 5: DIALOG

Bukan biasa-biasa. Saya kagum Syamsul sanggup guna bahasa Arab dalam dialog dengan iblis. Dan ayat ruqyah diambil semuanya yang betul dan dapat approval JAKIM. 

Even dialog sesama pelakon pun banyak yang deep. Contohnya walaupun si Pekin tu macam ganas je huha huha, tapi bila dia kata;

"Banyak je orang cari makan dengan kopiah dan jubah" 

Ayat tu banyak yang betulnya. Ramai sangat memperdagangkan agama.

Kemudian bila Ustaz Adam kata "Memalukan bangsa atau agama? Mana lebih utama?" ketika merujuk perbuatan sihir yang telah lama diamalkan masyarakat Melayu. Sampai sekaran masih ramai berpegang dengan ajaran ni sedar atau tidak.


Dan ketika Zati mak tiri Maria di pulangkan kotak 'penanggal' nya, dia tak sedar pun perkara tu adalah SYIRIK dan KHURAFAT. Sama seperti ramainya orang islam harini yang sekutukan Allah dengan bergantung nasib pada ayat pelaris, tangkal kebal, atau ramai yang nk lakukan bisnes sanggup buat ape sahaja supaya jualan laris hatta terpaksa menjual agama sekalipun

Saya rasa paling terkesan dengan ayat last Syamsul

"Jangan biarkan urusan ku di tadbir oleh ku sendiri, hatta sekelip mata sekalipun ya Allah"

Ini sebenarnya doa yang diajarkan kepada kita. Allah lah maha Mengetahui dan Maha mengurus apa juga yang terbaik untuk kita. Tawakal kita hanya pada Allah


PART 6: SIAPA YANG MUNAFIK?

Di akhir jalan cerita ni, walaupun bagi saya agak cepat cara ditamatkan (tak pueh tengok), akhirnya orang yang munafik yang sebenarnya diketahui semua orang.

Macam saya kata, walaupun tak dijangka tetapi kita akan sedar kenapa dan bagaimana ianya berlaku. Munafik ini tandanya:

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ النَّبِيَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وسلم قالَ: أَرْبَعٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ كَانَ مُنَافِقًا 
خَالِصًا، وِمَنْ كَانَتْ فِيْهِ خَصْلَة ٌمِنَ النِّفَاقِ حَتَّى يَدَعَهَا: إِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ،
وَإِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَإِذَا عَاهَدَ غَدَرَ، وَإِذَا خَاصَمَ فَجََرَ (رواه البخاري ومسلم)


Ertinya: “Dari Abdullah ibn ‘Amr bahwa Nabi Saw bersabda: “Empat sifat yang barang siapa mengerjakannya, maka ia menjadi munafik tulen, dan barang siapa yang melakukan salah satu dari empat sifat itu, maka di dalam dirinya terdapat sifat nifak sehingga ia meninggalkannya, yaitu: (1) apabila dipercaya, ia berkhianat, (2) apabila berbicara, ia dusta, (3) apabila berjanji, ia tidak menepati, dan (4) apabila bertengkar, ia curang (mau menang sendiri) (HR al-Bukhari dan Muslim) 

Cuma soalan saya, ketika kita dengan penuh rasa kagum dan terkesan dengan filem ini, sejauh mana kita bawa ke realiti?

Solatkah kita? Puasakah kita? Berzakatkah kita?
Jauh mana tawakal kita pada Allah?

Benarkah kita ini mengaku beriman hanya kepada Allah? Tapi ketika susah kita minta tolong dari yang selain dari Allah?

Benarkan kita mengaku beriman kepada Rasulullah sedangkan banyak ajarannya di ketepikan?
Kita kata kita yakin ketentuan Qada Qadar Allah tapi kita sering mengeluh dan sering pula rasa berputus asa?

Berapa ramai yang solat terlebih dahulu sebelum tayangan terutamanya ketika waktu Asar sudahpun menjengah? Atau berapa ramai yang sanggup keluar solat Magrib ketika di tengah-tengah tayangan?

Benarkah kita bukan pendusta agama?
Siapa yang munafik sebenarnya?

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

9 comments:

  1. em.. macam best aje, tapi kena ke MID Valley lah kalau nak tgk ... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..tengok jangan tk tengok!

      Delete
  2. Thumbs up kak. Baca sinopsis pun dah lain macam..hihi..cmo tengok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha..tengok la. berbaloi!

      Delete
  3. wah.. mcm best.. serius dah lama juga x ke panggung wayang sejak dah ada 2 anak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, ni menggagahkan diri jugak ni.

      Delete
  4. nice !!

    ada yg bisa tuliskan teks maria sewaktu merayap di tembok ?

    teks "kafir murtad walmunafik,,dst,,dalam bhasa arab,,?

    thankz

    ReplyDelete