Adakah kita juga PENCURI sebenarnya?

Assalamualaikum wbt

Dulu waktu saya sedang mengembangkan blog dan berusaha membuat portfolio, saya selalu marah, kecewa, sentap, sakit hati bila entri blog saya di 'copy paste' atau poster saya di crop, di water mark, di guna jadi profil.

Saya rasa mereka ini sungguh tidak beretika. Penat buat semua tu tau. So saya pun masukkan code kedalam blog yg menghalang orang copy content saya. Poster pun saya letak watermark besar-besar. Jadi orang tak boleh nk crop dah.

Sekarang tak lagi. Saya dah buang code tu. Saya dah tk letak watermark besar-besar. Saya dah tak peduli.

Kenapa?

Sebab kesemua perasaan tu buatkan saya down dan berfikiran negatif. Saya bukanlah famous mana pun tapi jika ada orang yang nak copy dan tak bagi kredit, saya dah tk kisah. Belajar let go dengan harapan orang-orang macam tu baca post ini.

Poster saya pun masih kerap di ambil dan digunapakai tanpa letak kredit pun. Saya tak kata saya tk sakit hati tapi sekurang-kurangnya saya lebih positif sekarang.



Tahukah bahawa itu semua adalah mencuri?

Curi hasil orang. Curi design orang. Curi masa orang.
Tak kira la, poster ke, entri blog ke, post di FB (yg click share tkpe, ni yg copy paste bulat-bulat)

Kesemua itu adalah hak orang kecuali jika dia mmg izinkan utk share dan wakafkan hasil kerja dia tu.

Biasakan diri utk minta izin. Kalau nak pakai gambar Google pun, pakai lah yang ade 'license to reuse' atau ade beberapa web yang mmg boleh pakai gambarnya tanpa attribution.

Sama kes dengan photostat buku, download movie dan lagu, software cetak rompak.

Semua itu tindakan mencuri

Kalau kita baca surat khabar tentang kes curi, dan pencuri didakwa, kita setuju. Padan la dengan tindakan dia tu. Siapa suruh dia mencuri! Tapi sedar tak, kita kadang jauh lagi teruk dari orang tu sebab kita mencuri berkali-kali!

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment