7 cara menggalakkan anak BERCAKAP dan BERKOMUNIKASI

Assalamualaikum warah matullah.


Hari ni saya nak bercerita tentang masalah yang selalu di hadapi oleh ibubapa dan saya dulu juga pernah mengalami masalah yg sama dengan anak sulung saya.

Masalah lambat bercakap!

Sesetengah ibubapa sangat lah risau hingga membuat pelbagai teori. Ada yang sanggup membeli ubatan dan makanan itu dan ini kerana khuatir. Ada juga yang hingga melaburkan sejumlah wang untuk membeli alatan dan gadjet yang di katakan mampu membuatkan anak bercakap. Isyk2

Sebenarnya tak perlu pun. Kita yang harus mula dahulu. Kebanyakan kes, mereka ni bukan tak boleh bercakap atau berkomunikasi tapi kita yang kurang latih dan kurang beri tumpuan bab ini. Makanya elok la sangat kita selidik dan lihat dahulu adakah kita dah buat 10 tips yang di bawah ini sebelum terus merasa risau..





p/s: Tidak dinafikan memang ada kanak-kanak yang memerlukan bantuan 'speech theraphy' atau seumpama dengannya terutama kanak-kanak kategori khas dan istimewa. Tips ini adalah untuk di gunapakai dalam membantu kanak-kanak secara am. :)


10 Cara galakkan anak bercakap

Cara 1: Kita sentiasa mulakan percakapan

Sesiapa juga boleh buat. Terutamanya ibubapa dan ahli keluarga. Bukan bila dia dah start 1 tahun ke atau 2 tahun, tapi mmg sejak dia dari dalam perut lagi kita perlu biasakan bercakap dengan dia. Dah lepas lahir teruskan lagi. Waktu mandikan bercakap, waktu tukar lampin bercakap, waktu suap makanan bercakap. Terangkan satu persatu perbuatan kita tu.

"Emak tengah mandikan israa' ni. Pakai syampoo ni tapi tak pedih...bla bla bla"

Cara 2: No gadjet


Ok la, kalau kata no macam strict sangat. Jadi apa kata kurangkan ipad, gadget, tv, sebaliknya aktifkan perbualan 2 hala antara kita dan anak. Ini memang perlu berjuang. Gadjet ni bukan sahaja mengurangkan dan menyenggangkan masa kita dengan anak, malah buatkan anak tidak menggerakkan mulut atau pergerakan bahagian wajah sebab dok terpaku je la tengok gadjet tu. Dia nk bercakap pun gadjet tu bukan bagi reaksi. Kan?

Cara 3: Banyakkan buat aktiviti dengan anak. 


Tak perlu pun yang fancy ke yang beriya nak bayar mahal ke. Simpe aje. Kalau umur 1 tahun tu dah boleh dah nak buat water bag ke. Nk main stick ke. Bila dah besar sikit boleh main sand art ke, buat cookies homemade ke, atau apa2 aje la. Perkara ni semua akan buatkan mereka ingin tahu, seronok dan tak takut untuk cuba sebut apa yang dilakukan. Macam kata la saya buat cupcakes dengan anak-anak, saya suruh mereka ulang bahan yang dimasukkan.

"I'jaaz, butter ni 200 gram. Apa yang kene masukkan 200 gram??"

Cara 4: Role play

Terlibat sama main role play. Tak kira la apa pun. Nak berlakon jadi doraemon ke, ultraman ke. Atau nak main masak, jual jual, apa apalah. Tetapi kita ambil watak semasa main. Pelbagaikan suara n intonasi . Skali skala buat kelakar

"Pada zaman dahulu...emak bertukar menjadi seorang puteri yang cantik jelita..." (jangan muntah)

Cara 5. Libatkan mereka dangan aktiviti harian. 


Contoh kacau telur, sapu butter di roti, masukkan baju dalam mesin basuh, sidai, sapu sampah , siram pokok, lipat baju. Semasa buat semua ni, kita bercakap dengan mereka, minta idea mereka dan pandangan mereka. Wujudkan satu persekitaran yang menarik dan buatkan mereka tak tertekan. Saya ajar anak-anak buat kerja rumah dari kecil supaya mereka juga tahu tentang tanggungjawab dan boleh berkomunikasi dengan mendengar dan memberi arahan

Cara 6: Ulang

Buatlah berkali-kali. Bukan sekali dua dan give up. Itu tidak mencukupi. Sentiasa ulang semua perkara di atas sehingga anak yang tak bercakap akhirnya akan bercakap. Kadang-kadang mereka memang mengambil masa untuk menyimpan semua 'data' yang ada dan kemudian keluarkannya. Anak sulung saya, Imran begitulah. Sampai 4 tahun tak bercakap. Selepas tu, macam peluru!

Cara 7: Anda juga perlu berubah

Pegang hp terlalu lama dan kerap sehingga anak pun rasa tersisih, itu tidak baik. Balik kerja terus hadap komputer dan gadget, malah siap marah kalau anak nak duduk atas peha, itu sangat tidak wajar. Berfacebook dan berwhatsapp bergelak ketawa sorang2 seperti hero alam maya tetapi menengking anak-anak yang berlari ke sana kesini akibat kebosanan tidak dilayan, itu melampau. Jangan tunggu anak berubah jika kita sendiri tak berubah. Maaf pedas sedikit



Anda nak banyak lagi tips dan nak pastikan anak anda dapat di beri perhatian terbaik?

Saya nak sarankan untuk pergi seminar parenting ini. Sebab apa? Sebab anak kita ni ada potensi luar biasa untuk di kembangkan. Jauh lebih dari apa yang kita lihat sekarang. Agar cabaran masa hadapan mampu diredah.

Mereka bakal memimpin diri, keluarga dan masyarakat. Corak didikan kita mempengaruhi gaya fikir dan hati mereka.

Raikan Potensi Anak anda dan sertai saya untuk kita sama-sama belajar lebih banyak tentang anak-anak kita. Yeay!

Jom hadiri seminar

“UNLOCK YOUR CHILD’S POTENTIAL”

Tarikh : 27 Februari 2016
Masa : 9.00 pagi-5.00 petang
Tempat : ILKAP Bangi

Penceramah:
Pn Noor Hayati Binti Abdul Hamid 
Principal Consultant NLI Education Sdn Bhd

Pn Hjh Azlina Roszy Mohamad Ghaffar
Consultant Clinical Psychology An-Nur Specialist Hospital

——————————-
Yuran :

RM 180 seorang
RM 350 Pakej suami isteri

Aktiviti kanak-kanak disediakan untuk 2 tahun ke atas
Yuran aktiviti kanak-kanak : RM45
# Seminar ini berbahasa Melayu

Sila klik link ini untuk maklumat lanjut

http://goo.gl/forms/AIdHNOq85U

Hubungi Team NLI sebarang pertanyaan

Cik Nadhrah : 0196916559
Cik Saadah : 0136435882

Pastikan anda tempah sekarang tau! Banyak testimoni yang begitu suka seminar yang di anjurkan team NLI ini. Ianya satu pelaburan yang dah tentu membawa keuntungan.

Jom, jumpa saya di sana!


Love,

Salwa

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment