Pandangan tentang isu Selfie Breastfeeding

Assalamualaikum wbt
Subuh ini baru saya berpeluang menghadam isu pertembungan dua 'clans' yg sangat berpengaruh namun pada saya amat merugikan banyak pihak.
Tentunya isu breastfeeding adalah sensitif dan 'delicate' yang apabila bertembung dengan fan page gergasi berkonsep 'troll' , kedua-duanya bergerak berlawanan arah dan makin tegang

Saya sendiri bukanlah peminat kepada page Amran Fans - Official. Bahkan mana-mana rancangan atau page troll kerana tidak meminati gaya bahasa maki hamun walaupun bersahaja. Itu pilihan peribadi saya.

Namun tidak pula saya menidakkan sumbangan besar mereka dalam beberapa isu dan gerak kerja kemasyarakatan dan betapa pengaruh mereka dalam media sosial ini mampu memberi impak besar.

Saya fikir isu ini sebenarnya hanyalah satu teguran yang baik namun disampaikan dengan bahasa yang kurang baik dan kemudian disalah erti kan pula beberapa ibu yang sensitif hati dan perasaan nya.

Saya menyusukan kesemua anak-anak lelaki saya. Saya juga melakukan penyusuan ini di tempat awam atau istilahnya NIP (Nursing in Public). Dalam kebanyakan group penyusuan ditekankan garis panduan NIP kepada ibu - ibu supaya tidak merasa kekok atau mengundang rasa tidak senang pula di kalangan masyarakat. Antaranya dengan mencari tempat yg lebih private (tandas tidak termasuk dlm saranan), memastikan bahagian yang perlu ditutup telah tertutup dan sebagainya.

Dalam isu ini, haruslah kita berbalik juga pada paksi agama dan budaya. Kerana kita ibu menyusukan yang beragama islam dan berbangsa Melayu yang kaya adab dan budi bahasa.
Aurat bukanlah sekadar fizikal yang tertutup rapi. Malu itu sendiri adalah bahagian daripada cerminan kita dalam menjaga aurat. Banyak lagi perbuatan yg mungkin telah pun mematuhi garis panduan menutup aurat secara fizikal tetapi tidak wajar utk didedahkan kepada umum seperti mandi atau membuang hajat (sekadar contoh) boleh sahaja dilakukan dengan sempurna penutupan auratnya tetapi tidak pula bermakna wajar di upload gambar seperti itu.
Agama kita begitu mudah. Teguran harus dengan berhemah. Umpama menarik benang dalam tepung, benang tidak terputus, tepung tidak berserakan. Bukan semua isu mampu di troll. Penggunaan bahasa kasar tidak dapat menyampaikan nasihat yg ingin dikata malah menjauhkan lagi orang yang ingin di tegur.
Islam juga mengajar umatnya bersikap pro - aktif dengan mencegah sebelum terjadinya sesuatu. Supaya tidak terjadi perzinaan, pasangan bukan muhrim tidak boleh duduk berdekatan. Supaya tidak memudaratkan, arak tidak dibenarkan.
Begitu indahnya islam. Maka pada hemat saya, sebelum terjadi bayangan nakal dan tidak wajar oleh mereka yang secara alaminya punya ransangan seksual, elakkan lah dari perkara yang boleh mencetuskan dan antaranya selfie ketika menyusukan. Manfaatnya mungkin ada namun kemudaratan lebih besar. Jika perlu mewar - warkan juga, lakukan dalam group tertutup yg private dan hanya wanita sahaja di dalam nya.
Dan itulah pendapat peribadi saya
Tidak pula menyebelahkan mana-mana pihak tapi pertembungan ini jelas merugikan.
Moga ada kejernihan antara dua group gergasi ini.
Mudah mudahan

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment