Cara membuat DIY Gitar

Assalamualaikum wbt

Dah lama rasanya saya tak membuat entry tentang DIY. Sedikit busy la dengan cuti sekolah hehehe (Alasan je tu sebenarnya). 

Harini nak kongsi satu lagi projek DIY yang boleh dibuat bersama dengan anak-anak anda. Terutamanya anak lelaki lah kan. Mesti diorang suka sangat. Saya sarankan untuk anak yang telah berusia 4 tahun ke atas.



Jom kita tengok cara-cara nak buat

Bahan-bahannya:

  • Kotak yang tidak digunakan
  • Gunting
  • String/Getah panjang
  • Penutup bekas berbentuk bulat
  • Roll panjang dipotong dalam 30cm
  • Berus warna
  • Cat warna untuk lukisan poster (mcm Buncho ke)
  • Batang aiskrim
  • Pisau
  • Pensil
  • Sellotape
  • Gam
Ada bahan yang tkde dalam gambar sebab lupa nak letak. Hehehe

Langkah 1:
Mula-mula kene pastikan yang kotak telah ditutup rapat. Boleh pakai sellotape. Kemudian lukis bulatan di tengah-tengah kotak menggunakan tutup bekas plastik tu.



Langkah 2:
Tebuk lubang bulatan yang telah dilukis menggunakan pisau. Untuk hasil lebih kemas, gunakan gunting pun lagi baik. Selepas tu tebuk sedikit di bahagian atas kotak sebab kita nak masukkan roll panjang ke tengah lubang sampai menembusi kotak. 


Boleh letak sampai ke bawah roll tu ye
Langkah 3:
Boleh gam dasar roll untuk bagi lebih kukuh. Kemudian dengan menggunakan berus, warna dengan warna poster di setiap sudut kotak. Boleh ikut warna kegemaran atau campur-campur macam yang anak saya buat. Kemudian jemur di tengah panas ye


Part ni memang diorang paling suka la kan
Langkah 4:
Setelah kering, boleh mula buat tali gitar. Cara nya dengan meletakkan dua batang aiskrim dan ikat getah atau string di antara keduanya. Saya kehabisan string waktu ni so saya pakai benang bergetah. Hasilnya kurang umph tapi boleh lah dari tkde. Hehehe



Langkah 5:
Gamkan batang aiskrim tersebut di antara bulatan yang telah di tebuk. Pastikan kuat-kuat supaya tali tegang dan dapat di 'main'kan nanti.



Langkah 6:
Letak tempat adjust gitar. Batang aiskrim juga. Ni kira untuk hasil finishing lah


DH SIAP!!!
Sebenarnya yg atas tu terbalik. Patutnya batang aiskrim tu hadap ke depan. Hahahaha
Senang kan?

Memang tak susah. Dan seronok
Cubalah!

Love,
Salwa

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment